بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas dua bulan baru aku ada kekuatan untuk bercerita kembali kisah keguguran. Adni dah masuk 3 tahun, jadi perasaan nak jadi ibu, nak mengandung tu memang sangat-sangat kuat.
Bila tengok kawan-kawan sekeliling semua dah beranak dua semua lagilaa rasa sedikit jealous disitu. Tapi bila fikir-fikir balik aku dah kira patut dan sangat bersyukur sebab Allah dah kurniakan Adni, kalau nak bandingkan dengan orang lain yang masih lagi tak ada anak.
Bila dah lama sangat jarak ni, macam-macam cara la cuba antaranya ambil suplemen (of course Shaklee) dan beli opk strip (kit kesuburan) Aku beli di Fb je memang sangat murah, rasanya satu jatuh dalam 80 sen je compare dengan farmasi dekat luar.
Masa hari pertama period dah lewat, aku dah berdebar-debar excited masa tu aku ada seminar Shaklee di Kinta city Riverfront, Ipoh. Disebabkan aku beli banyak opk dan opt test tu, hari pertama lewat pun aku dah check. -Ve ! (before ni Adni hari pertama lewat period pun dah naik terang berderang positif) So aku memang dah tak berharap.
Masuk hari ketiga masih tak datang period aku check lagi, masih -ve. Aku tinggalkan je upt test tu dekat dalam bilik air, bila aku masuk balik dalam bilik air aku tengok eh... line kedua ada tapi sanggggat kabur.
Tunggu lagi dengan penuh debaran, hari kelima check pun masih kabur tapi boleh nampak dah ada. Jadi kami pun pergi ke klinik swasta check urin dan scan Alhamdulillah ada. masa tu balik terus semangat check kalender kakulator bersalin. Menangis syukur sangat!
Dalam tempoh sepanjang mengandung tu memang tak ada teringin apa, tak ada alah, dan tak rasa penat. Jadi aku banyak naik motor hantar Adni ke sekolah, pergi mengaji mungkin agak lasak rutin harian aku. Compare masa mengandung dekat Adni aku dekat UK, memang hari-hari duduk dalam rumah tak bergerak mana pun!
Dan Adni pun masih lagi menyusu dan baru cuba nak 'cerai' susu bila dapat tahu mengandung. Masuk ja minggu ke 7 mengandung, malam tu aku mimpi aku keguguran. Terus aku bangun tidur. dah subuh, jadi terus masuk bilik air nak bersihkan diri dan terkejut gila aku ada darah (macam tengah period)
Macam-macam dalam fikiran aku, terus google sana sini tanya kawan aku yg biasa bleeding di awal kehamilan ni. Banyak yang positif dan anda juga yang negatif. Terus ajak suami aku ke klinik kkia je dulu. Sampai je klinik diorang suruh aku terus ke Hospital bahagian Emergency.
Mulalah detik paling sedih untuk aku tahun ni.. Pukul 8.00 kami dekat Wad kecemasan, doktor seorang ja, dan yang masuk ke Kecemasan ni dekat 5 orang. Doktor lelaki! Aduh! Dia scan lama sangat dan tenngok muka aku pelik.
"Awak tahu mana awak mengandung"
"Saya check upt, dah pergi klinik pun"
"Klinik mana? Doktor ada scan"?
"Klinik dekat Ipoh. Ada, doktor nampak kecil lagi"
Ni gambar masa doktor check. Memang kosong!
Dan misi doktor tu mencari- pun berulang-ulang. Dia panggil kawan dia, doktor juga pun sama scan sana sini tekan perut (memang sakit tak tipu masa dia tekan-tekan ni aku dah geram) Dan diorang mula cakap bahasa diorang yang buat aku geram. Bila aku tanya tak nak pulak cakap kenapa. Apa masalah. Dan diorang decide nak masukkan muncung itik. Last dia baru bagitau dia scan xnampak takut aku hamil luar rahim. Allah! apa perasaan aku masa tu. Aku panggil nurse mintak nak keluar cari husband, nurse tu tak bagi dia sendiri akan pangggil husband aku masuk.
Masuk je husband aku dalam bilik aku ajak dia lari ja dari hospital ni. Heee.. Tapi mestilah tak boleh ic aku ada dekat diorang! Lama lagi tunggu baru diorang decide nak hantar aku naik ke Pakar O&G. Sampai je kat sana prosedur yang sama scan dan masukkan alat tu. Aku dah terus bagitau doktor yang tadi dekat emergency pun buat benda yang sama. Scan tetap tak nampak jadi dia mintak scan dari bawah, bila scan baru nampak ada dan masih terbentuk elok. masa tu aku dah lega sangat.
Balik je rumah petang sikit baru keluar ketul-ketul. Aku terus snap gambar sbb ingat nk tunjuk dekat doktor. Esoknya pergi balik ke hospial bahagian O&G dan dia kata harini untuk kanak-kanak, diorang mintak aku turun ke kecemasan. Tak nak benda yang sama berulang kami terus ke KPJ. kenapa tak pergi je KPJ dari awal sebab rumah kami dengan KPJ dalam sejam setengah. Sampai je kata sana, dioarang memang bagi masuk cepat sebab tengok muka aku yang pucat gila. Kalau orang tanya sakit ke tak, rasa macam senggugut ja. Aku tak berhenti-henti berdoa moga semua selamat.
Masuk je jumpa doktor aku dah rasa nak menangis nak cerita. Sebelum ni dengan doktor yang sama aku rawat hal cyst aku, Dan dia pun tau yang kami memang nak anak lagi. Aku cerita balik semua yang jadi semalam, dan tunjuk gambar dekat dia. Dia diam, dia cakap okay kita scan dari bawah terus, tengok kalau ada kita bagi suntikan kuat rahim. ok. Jadi memang berdebar bila scan tu dan dia pun cakap dah xde. Semua dah keluar habis ni.
Dia suruh panggil husband aku, dan aku pun dah tak boleh nak dengar apa terus menangis ja masa tu. Lama diam, ya aku redha untuk semua ni, , Aturan Allah tu cantik dan sempurna.
15 April 2015, sempat buat buku lagi :)
Friday, 12 June 2015
Thursday, 11 June 2015
Bebas tanpa braces
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah! selepas setahun aku dah bebas tanpa braces dan pendakap gigi. Fasa seterusnya retainer! Aduiii malas gila nak pakai retainer ni,
Sebelum ni tak perasan banyak komen dekat ENTRY PENDAKAP GIGI tu.. jadi jom imbas balik macam mana gigi aku dulu :P
Yang bestnya bila dah pakai braces dah tak ada lagi pengalaman gigi berdarah, ulser sebab kena gusti dengan anak. kalau tak yang taring tu meemang sangat sensitif..
Ramai yang pelik kenapa aku pakai setahun je braces (pendakap gigi) ni, bila aku sembang dengan doktor tu dia cakap 10bulan pun okay (mungkin untuk gigi aku) kalau awak rajin datang follow up ketatkan besi tukar getah semua. jadi memang aku tak pernah miss pergi klinik setiap bulan.
Ada kawan aku dah 3 tahun tak buka lagi braces, bila tanya dia busy tak sempat nk jumpa doktor. ni mungkin kelebihan suri rumah yang sentiasa tak busy kot. heheee.. Tapi memang excited masa nk buka ni, doktor mulanya suruh pakai lama sebab dia tau patient dia yang lepas2 lepas buka dah malas nak pakai retainer.
Pengalaman masa nak buka braces ni, aku memang pejam mata, rasa macam doktor ni tengah bertukang dalam gigi aku untuk buang besi yang lekat dekat gigi. mengalir air mata.. Tapi result dia memang tak dapat nak gambarkan..rasa leganyaaaaaaaaaaa! bagus klinik ni, dia siap scaling lagi bagi bersih gigi kita..
Senyum kegembiraan selepas buang braces!!

okay ngeri juga bila tengok balik gambar ni..

Lain kan.. teratur dah gigi :) Misi pakai retainer. satu ja best pakai retainer ni.. bila pakai retainer tak boleh makan, jadi ada kemungkinan la nak kurus. (tapi belom pon kurus)
Pakai retainer sentiasa kecuali waktu makan :)
Thursday, 28 August 2014
Rujukan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 - 6 September 2014
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum~ Rasanya ramai yang termimpi-mimpi nak kerja dengan Gomen (Kerajaan) Sebab? Gaji yang okay, cuti yang fleksibel (cuti umum) dan yang paling penting ada duit PENCEN! Betul kan. So sama la dengan kita golongan muda-mudi ni asyik sign in email check ada tak SPA nak ajak panggil Exam ke interview ke. Dan yang bestnya seminggu dua ni penuh news feed kawan-kawan share yang diorang akan join Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ! Seronoknya weh! Dah selangkah kaki nak join jadi pekerja kerajaan. Mesti ramai yang dah google, cari info tentang Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 . Kan.. kan...

Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
Kalau kita refer jadual yang SPA keluarkan, Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 akan diadakan pada 6 September 2014. Peperiksaan ini tidak lain bertujuan mengukur daya pemikiran calon agar bersesuaian dengan jawatan Penguasa Kastam gred W41. Secara asasnya, peperiksaan ini mengandungi empat seksyen utama iaitu:
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalaj
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
Wah banyak nak kena ulang kaji ni, So semua yang nak join Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 dah ready ke belummm?
Untuk bahagian Seksyen A iaitu Pengetahuan Am, anda akan diuji mengikut tahap kesedaran terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Jadi, korang dinasihatkan agar banyak membaca untuk skor seksyen ini. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen ini cuma 40 minit untuk 50 soalan. OK jom tengok contoh soalan dia!
Untuk Seksyen B, Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 korang akan diuji dengan skill kemahiran menggunakan logik, menginterpersi data dan kemahiran Matematik
Seksyen C & D pula anda bakal diuji dengan soalan berbentuk ESEI. Objektif atau tujuan utama kedua-dua seksyen ini adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran anda menguasai bahasa ini.
Okay, dah boleh gambarkan sedikit bagaimana Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 korang nanti ?
Saya cadangkan anda beli Ebook Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 untuk lebih yakin, bersedia menghadapi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Rugi tak beli, mana tau rezeki berpihak kepada anda kannnn!
Wednesday, 23 July 2014
Kek Coklat Simple Tapi Sedap
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah masuk penghujung Ramadhan, Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan. Oh, tak lupa juga ulang tahun perkahwinan yang ke 3! Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tak berapa sedar, nasib baik ada Facebook yang tolong remind! So, nak buat kelainan sikit di hari ulang tahun perkahwinan ni, nak buat kek apa ya? Bulan puasa ni malas la nak berkecah-kecah kat dapur, so kita buat kek sesimple yang boleh! Kek Coklat Simple Tapi Sedap !
Ok, nasib baik aku ada beli kek yang coklat yang dah siap dekat TF minggu lepas, so dah datang idea! Yehaa.. Yeha.. Jenguk-jenguk sikit dalam peti ais ada Whipping Cream, Cream Cheese! Hurmmm macam best je kan kalau buat ala-ala tiramisu. Tumpang bahan-bahan untuk Nutella cookies ada, boleh combine sekali. So apa yang aku ada sekarang?
Kek Coklat (ready made), Whipping Cream, Cream Cheese, Nutella, Serbuk Koko, Magerin, Susu Pekat, Coklat Cip & Badam!

Jadi, kita teruskan operasi membuat Kek Coklat Simple Tapi Sedap . Mula-mula aku potong kek ni berlapis (3 lapis je), then sapu nutella atas dia.
Dalam bekas lain, putar whipping cream & Cream Cheese bagi kental, sapu atas nutella tu. Ulang proses yang sama.
Kemudian, buat topping coklat, aku masukkan susu pekat, serbuk koko dan magerin untuk toppingnya!
So jadi la macam ni, kan sesuai untuk kami 3 beranak, sikit je.. nak beli tak mampu nak habiskan :) Cukup la tu untuk sambut ulang tahun perkahwinan. :)
Lastly, tabur la coklat cip dan badam yang dibakar.
Bagi aku tak perlu nak sambut meriah, asal kita ingat tarikh tu pun dah cukup. Dan ada pandangan orang ala tak perlu ingat-ingat tarikh bagai. Tapi bagi aku masa ni la kita nak feeling manis-manis pun!
A successful married life requires falling in love many times, but always with the same person ♥
Oh, yang bestnya Tahun ni kitaorg tebus Satu pasang jam casio dari Maybank! Macam mana nak tebus? Selalu la check point korang (yang guna Debit Card tu). Nasib baik aku selalu beli SHAKLEE tu yang ada chance nak dapat Reward dari Maybank tuh!
ok bye! Adni dah nangis!
Sunday, 29 June 2014
Pengalaman pakai braces
بسم الله الرحمن الرحيم
Braces! Pendakap gigi. Harini niak cerita pengalaman aku pakai braces. Sebenarnya baru 5 bulan pakai.. hehe.. tapi teruja nak share sebab dah nampak perbezaannya! Cepat kan. Orang kata kalau nak cepat kena rajin2 pergi follow up. Doktor yang aku pergi ni katanya mungkin dalam setahun aku dah boleh buka braces ni. Excitednya nak buang oiii!
Ni selepas 4 bulan pakai braces. Yang anak panah ni menunjukkan gigi yang dicabut. 3 batang gigi kena cabut tau. Ko rasa? sakit ke idakk...
Pengalaman pakai braces ni. Hmmm.. hari pertama sampai hari kedua memang aku xmakan langsung benda keras. Sebab, sakitnya gigi 3 batang yang kena cabut tu, ngilunya gigi, tak selesanya gusi dan macam2 perasaan ada sampaikan aku call doktor tu nak buang balik boleh? Doktor tu kata kalau aku buang balik aku la patient pertama dia yang surrender tak sampai seminggu ko!
Sakit. Ada beberapa kategori sakit sebenarnya!
1. Sakit bila gigi dicabut (sesetengah orang gigi tak perlu cabut)
2. Sakit lebih kurang sehari dua bila kita pergi follow up (sebab dia ketatkan so rasa ngilu sikit2 je - tapi bila dan sebulan dua tak rasa apa, jadi normal dah)
3. Sakit bila ada ulser yang wujud. (KLIK SINI UNTUK ELAKKAN ULSER)
Kenapa ada ulser? bila besi ada dalam mulut berlaga dengan dinding-dinding mulut, ditambah lagi dengan kau yang malas nak minum air, memang senang la ulser nak ada..
Kenapa aku pakai braces?
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, gigi taring tu macam mendongok sikit, so bila Adni tonyoh sikit je muka aku mesti nak berdarah. Satu lagi senyum memang xkonfiden langsung la. kihkih..
Ni gambar before pakai braces dan selepas pakai. Oh sebelum ni memang dentist dekat Uitm dah minta aku pakai braces sebab katanya gigi aku xberada di landasan yang betul. Dan memang kadang-kadang dia berdarah sendiri maybe diorang bergaduh tempat kot (ni imaginasi aku ja)
okay, bagi yang nak pakai braces tu ada la tips sket!
1. Survey Klinik betul-betul. Aku buat dekat Ipoh.
2. Nanti kena bawa mineral botol sokmo. Kang bila makan terlekat itu ini.
3. Mulut memang akan cepat berbau so kena rajin gosok gigi, berkumur, aku bawak chewing gum sokmo.
Nanti-nantila aku bagi lagi tips, dah tak tau nak cerita apa.. eheeee
:)
Updated:
Yeay Alhamdulillah dah buka braces.

Subscribe to:
Posts (Atom)