Thursday 11 June 2015

Bebas tanpa braces

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah! selepas setahun aku dah bebas tanpa braces dan pendakap gigi. Fasa seterusnya retainer! Aduiii malas gila nak pakai retainer ni,

Sebelum ni tak perasan banyak komen dekat ENTRY PENDAKAP GIGI tu.. jadi jom imbas balik macam mana gigi aku dulu :P


okay ngeri juga bila tengok balik gambar ni.. 


Yang bestnya bila dah pakai braces dah tak ada lagi pengalaman gigi berdarah, ulser sebab kena gusti dengan anak. kalau tak yang taring tu meemang sangat sensitif..

Ramai yang pelik kenapa aku pakai setahun je braces (pendakap gigi) ni, bila aku sembang dengan doktor tu dia cakap 10bulan pun okay (mungkin untuk gigi aku) kalau awak rajin datang follow up ketatkan besi tukar getah semua. jadi memang aku tak pernah miss pergi klinik setiap bulan.

Ada kawan aku dah 3 tahun tak buka lagi braces, bila tanya dia busy tak sempat nk jumpa doktor. ni mungkin kelebihan suri rumah yang sentiasa tak busy kot. heheee.. Tapi memang excited masa nk buka ni, doktor mulanya suruh pakai lama sebab dia tau patient dia yang lepas2 lepas buka dah malas nak pakai retainer.

Pengalaman masa nak buka braces ni, aku memang pejam mata, rasa macam doktor ni tengah bertukang dalam gigi aku untuk buang besi yang lekat dekat gigi. mengalir air mata.. Tapi result dia memang tak dapat nak gambarkan..rasa leganyaaaaaaaaaaa! bagus klinik ni, dia siap scaling lagi bagi bersih gigi kita..

Senyum kegembiraan selepas buang braces!!



Lain kan.. teratur dah gigi :) Misi pakai retainer. satu ja best pakai retainer ni.. bila pakai retainer tak boleh makan, jadi ada kemungkinan la nak kurus. (tapi belom pon kurus)

Pakai retainer sentiasa kecuali waktu makan :)


2 comments:

  1. Sis ada gambar full gigi ataa bawah tak? Cepat juga setahun ya...

    ReplyDelete