Friday, 13 December 2013

Saya berpuas hati dengan Babyzen Yoyo Stroller

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Hari ini terpanggil untuk bercerita tentang stroller, sebab aku sebagai ibu faham perasaan ibu-ibu dekat luar sana tu sama ada nak laburkan tak sedikit, eh bukan sedikit untuk beli stroller yang agak..erm..erm...mahal juga harganya. Stroller pilihan Babyzen Yoyo Stroller!

Ok, sebelum melahirkan Adni, aku memang tak trfikir langsung nak beli stroller, eh sebenarnya aku dah beli stroller dekat UK, tapi xmuat nak bawak balik..sedihnya :( Babai stroller! beli pun dekat carboot je, tak silap aku dalam 5pound kot harganya..  memang stroller tu elok lagi walaupun second hand.. jenama Mc Laren kot, xsilap! Ke Mc apa ntah.. xsure la..

Selepas Adni lahir, tok wan Adni pun hadiahkan Adni stroller. Macam baisa stroller tu agak berat dan ambil sedikit space. Sebenarnya aku memang tak nampak kepentingan stroller, disebabkan aku fikir baik dukung je Adni, dan kalau nak ke pasaraya masukkan je dalam troli.

Selepas aku mula berjinak-jinak dalam dunia business Shaklee, dan mula start ke seminar, personal coaching dan sebgainya, baru aku nampak kepentingan untuk ada stroller yang ringan, senang nak bawak dan tahan lasak. Bila aku masuk je seminar, kebanyakan ibu-ibu memang bawak stroller dan bagi je anak tidur dalam stroller. Yang aku kemain rajin pangku je Adni. Kalau 5 jam seminar, laratnya aku 5 jam pangku Adni! Dan ganti-ganti dengan abah laa!

Kebetulan pulak, suami aku sekarang kerap pula outstation dan asyik berulang KL, Kuantan sebulan ada dua -tiga kali jadi kami memang selalu sangat keluar dan mesti kena ganti-ganti nak dukung Adni yang 7kg ni. nampak ringan tapi mau kebas juga tangan.

Perkenalan dengan Babyzen Yoyo Stroller

Aku berkenan dengan stroller dia bila tengok fynn jamal guna untuk Juna, Macam senang je, macam best je kan..dan tengok review mak-mak dekat internet pun ramai yang suka dengan Babyzen Yoyo ni!

Kali ini ikut suami aku outstation lagi di KL, dan kitaorang stay di Grand Season Hotel. Disebabkan hotel dia luas, then nak kalau park kereta nak guna lift lain, nak naik bilik lift lain dan sepanjang jalan mesti pass-pass dukung Adni sambil sandang handbag, beg baju dan berceretek beg lain..ohoooooo..3 hari kot, mestilah banyak beg kan!



Pagi-pagi tu aku turun la breakfast, tetiba pulak si Adni ni tidur, selalunya pantang orang jalan je dah bangun ni kita kejutkan pun still nak tido..so staff dekat cafe tu tanya la aku ada stroller tak, aku dengan muka blur-blur cakap xde, aku tengok la yang ada anak semua letak anak dalam stroller.. aku dukung Adni ambil nasi dengan telur je.. Kemain kau hidangan breakfast macam2 telan air liur je mampu sebab sebelah tangan tengah dukung Adni gila aku nk melantak macam-macam. Aku nak juga breakfast sebab nak lapik perut sampai pukul 5 karang lepas abah habis kursus nanti.. lapar kottt..

Staff situ semua pandang je aku..Aku buat bodoh je, xminum terus naik.. heeee.. Naik je bilik terus gatal tangan search pasal babyzen dan cari yang paling murah! heee.. Ok harga retail memang RM1799 dan guess what aku jumpa RM1250! Cod dekat Damansara! Aku pun ada dekat KL kan..so lagi tergedik-gedik nak beli la!

Yang lagi kuatkan semangat aku nak beli stroller ni sebab next year kitaorang plan nak ke Vietnam dan bulan Januari ni kitaorang ada coaching Business di Sarawak! Babyzen Yoyo ni salah satu stroller yang boleh masuk cabin! So lagi bertambah point untuk aku beli!



Aku mula whatsapp laki aku, padahal kawan tgh meeting tu.. dia balas "Boleh tahan harga" haaaaaa.. Balik je dari meeting aku tunjuk la Video kat bawah ni!


Menarik! tu ayat first laki aku..Heeee.. Aku kata ni pelabburan untuk anak-anak masa hadapan..hahaaa.. Siap mention guna duit business la! :D

So selamat la kitaorang dapat Babyzen Yoyo Stroller Beli dari Aq baby & Kids! Thank akak tolong pasangkan dalam KFC lagi.. sambil buat demo :)


Dapat je stroller terus pg The Curve nak testing konon! ya,,, memang jimat space, selit blakang kerusi dalam kereta ja.. Nak lipat senang, nak buka senang.. Tengok Adni macam happy ja dengan 'car' baru dia!


Sempat juga kitaorang pg PWTC, kali ni seronok sikit cari buku sebab adni dalam stroller, masa kitaorang pg Big Bad Wolf tak larat nak kejar Adni, buku pun boleh ambil sikit je.. Heeee

:)


5 comments:

  1. salam, nk tny dkt kdai mane beli yoyo ni. dorng ade website x? terima kasih - lumpyblumoose at yahoo com

    ReplyDelete
  2. Website mana ea yg jual stroller ni.... boleh mention x...

    ReplyDelete
  3. Saya ada jual stroller ni..klu berminat boleh whatsapp/sms sy 011-12311676 atau add fb saya mumy gda

    ReplyDelete
  4. This is very nice information. because our child safty is very important to us hence you may like baby care Strollers canopy/hood from http://www.lovee.com
    They have many varieties like mountain buggy nano

    ReplyDelete
  5. Great baby strollers information !
    you may like bugaboo fabric Canopy/Hoods for your small child.....

    ReplyDelete