Monday 24 October 2011

Trip to Stonehenge & Bath

Assalamualaikum..

Sebulan sudah aku dekat Southampton ni, pejam celik pejam celik dah sebulan.. walaupun rutin seharian sama ja kan.. sekarang tibalah masa aku nak berehat sebentar untuk berjalan2..

eh, ada yang terkejut aku dah ada kawan untuk berjalan2.. heee.. sebenarnya diorang ni semua junior-junior hisham, hisham yang semangat suruh aku cari kawan sebenarnya.. heee.. diorang semua panggil aku kakak!! sungguh xboleh terima kenyataan yang aku paling tua antara diorang :(
dah tua sebenarnya aku ni.. *baru nk sedar*

oh ya, Trip yg aku pergi ni anjuran University of Southampton, so ramai yang terkeliru, dan rasa aku sambung belajar.. oh tidak.. aku xconfident yer nak sambung blajar kat sini, selain xda uangggggg.. heeeee
bukan2.. saya bukan sambung belajar :D

Trip ni jatuh pada hari Sabtu, hari Sabtu pulak hari aku bekerja (macam hebat pulak), eh bukan, hari aku mencari rezeki, jual nasi lemak gitu... so terpaksa la aku laki bini bangun pukul 3.00 pagi siapkan nasi lemak!!
rajin gila kan.. hahah. rasa macam best plak.. dua2 orang bagun dengan mata terkebil-kebil.. pengalaman manis sebenarnya!!

destinasi pertama kami STONEHENGE!!

dari Malaysia lagi, aku dgn opismate selalu berangan nak pergi dekat batu ni ha.. sekali pergi punya ramai ha........ jenuh nak menyelit tangkap gambar.. impian nak coret dekat batu "MUN WAS HERE" xtercapai pon! hahaa.. sebab kita boleh tgk dari jauh je pon. baru je cadang nk menyandar ke apa kat situ..



cantik kan?? ni dari kamera Hanisah, cantik gila dia tangkap gambar sampai aku xjadi nak tangkap gambar.. terkedu sebenarnya :D


ni antara student2 malaysia yang pergi sana, ehehe.. aku la kakak tu..


.......

lama sungguh kami dok amik gambar kat sini, walaupun tgk batu je pon!! setiap langkah nak tangkap gambar, setiap sudut nak posing haaa!



 sempat lagi kan...

lepas sejam kami mengelilingi batu tu, destinasi kami seterusnya...

BATH!!

okay, sangat cantik kat sini. sangat lawa dia punya bangunan... sampai ja kat sini, semua rehat makan + solat.. first time rasa solat macam ni.. dulu selalu tgk ja..


sebenarnya kami pun xtau sangat jalan kat sini, so kami decide nak naik bus.. pusing2 sekitar bath ni.. ada satu kedai dekat bath ni nama MIMI NOOR.. macam nama orang melayu plak.. yang kelakar ada kedai makan nama JIKA-JIKA.. haha.. comel ja..

jom la layan gambar sekitar BATH..













okay, trip ni memang best, walaupun hisham xnak ikot kan.. :(

Thursday 6 October 2011

Full time housewife!!

Assalamualaikum..

Rasanya dah lebih 3 bulan aku menjadi penganggur dan sudah 2 bulan lebih2 sikit aku berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa!! :D
Bila dah jadi suri rumah, normal la aku xkuar rumah langsung, sampai dah lupa hari ni hari apa!!



Rutin harian sama saja,  kalau tak surf internet, baca buku sikit2, kalau xbaca buku, tengok movie,
kalau xtgk movie tido.. hehehe.. disebabkan dekat UK ni ha, kalau nak ada TV kena ada lesen (duit lagik!!) so, kami pon terpaksa tengok ja movie yang ada dalam laptop ni ha... :P

so, untuk menghilangkan rasa bosan, jom kita main masak2!!!

dulu kalau nak masuk dapur ni jarang sangat kan, sekarang ni hari2 masuk dapur :))
mak, jangan terkejut naaa.. nanti cheq balik cheq masak kat mak na...

ni mee hailam yang xberapa nak hailam! 1st try :)



selepas mee hailam, mari kita mencuba nasi lemak, tapi nasi lemak malaysia lagi best.. waaaaaa :'(



juri komen sambal pedas, so lepas ni kena kurangkan pedas.. :P

Puding Trifle yang dah lama nak try dari Kedah, ke Segamat xtry juga, ni kat sini baru nak try!!

Layer1:



 Layer 2 :





Layer 3:



Layer 4: 


 excited nak try!! first try xjadi!! sebab dah fed up dengan custard yg lambat sangat nak pekat.. ni yang second try!!
eh, nah bekal untuk suami :)) Belajar rajin2 yer..


Akhir sekali untuk minggu ni,
Roti jala!! berkali kali kami menjala.. huhuhu..
jala kurang menjadi kena improve lagi!!



ni pun kerja suri rumah, tunggu suami balik tepi tingkap.. heheh :))



Nak buat apa lagi eh?? :)) bagi idea sikit..

Selamat Malam :))
Assalamualaikum :D