Sunday 29 June 2014

Pengalaman pakai braces

بسم الله الرحمن الرحيم

Braces! Pendakap gigi. Harini niak cerita pengalaman aku pakai braces. Sebenarnya baru 5 bulan pakai.. hehe.. tapi teruja nak share sebab dah nampak perbezaannya! Cepat kan. Orang kata kalau nak cepat kena rajin2 pergi follow up. Doktor yang aku pergi ni katanya mungkin dalam setahun aku dah boleh buka braces ni. Excitednya nak buang oiii!

Ni selepas 4 bulan pakai braces. Yang anak panah ni menunjukkan gigi yang dicabut. 3 batang gigi kena cabut tau. Ko rasa? sakit ke idakk...


Pengalaman pakai braces ni. Hmmm.. hari pertama sampai hari kedua memang aku xmakan langsung benda keras. Sebab, sakitnya gigi 3 batang yang kena cabut tu, ngilunya gigi, tak selesanya gusi dan macam2 perasaan ada sampaikan aku call doktor tu nak buang balik boleh? Doktor tu kata kalau aku buang balik aku la patient pertama dia yang surrender tak sampai seminggu ko!

Sakit. Ada beberapa kategori sakit sebenarnya!

1. Sakit bila gigi dicabut (sesetengah orang gigi tak perlu cabut)
2. Sakit lebih kurang sehari dua bila kita pergi follow up (sebab dia ketatkan so rasa ngilu sikit2 je - tapi bila dan sebulan dua tak rasa apa, jadi normal dah)
3. Sakit bila ada ulser yang wujud. (KLIK SINI UNTUK ELAKKAN ULSER)

Kenapa ada ulser? bila besi ada dalam mulut berlaga dengan dinding-dinding mulut, ditambah lagi dengan kau yang malas nak minum air, memang senang la ulser nak ada..

Kenapa aku pakai braces?

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, gigi taring tu macam mendongok sikit, so bila Adni tonyoh sikit je muka aku mesti nak berdarah. Satu lagi senyum memang xkonfiden langsung la. kihkih..



Ni gambar before pakai braces dan selepas pakai. Oh sebelum ni memang dentist dekat Uitm dah minta aku pakai braces sebab katanya gigi aku xberada di landasan yang betul. Dan memang kadang-kadang dia berdarah sendiri maybe diorang bergaduh tempat kot (ni imaginasi aku ja)

okay, bagi yang nak pakai braces tu ada la tips sket!

1. Survey Klinik betul-betul. Aku buat dekat Ipoh.
2. Nanti kena bawa mineral botol sokmo. Kang bila makan terlekat itu ini.
3. Mulut memang akan cepat berbau so kena rajin gosok gigi, berkumur, aku bawak chewing gum sokmo.

Nanti-nantila aku bagi lagi tips, dah tak tau nak cerita apa.. eheeee

:)

Updated:

Yeay Alhamdulillah dah buka braces. 

Friday 27 June 2014

Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam

Sejak kebelakangan ni, dekat instagram famous #lorongbelakang! So, bila review tengok wah, menariknya, wah kreatifnya dan aku yang suka tangkap gambar ni mestilah nak tengok dengan mata kepala sendiri cantiknya Lorong belakang di Seksyen 7 Shah Alam ni. Lebih kurang art dekat Penang Street (tak pernah p lagi walaupun kami dok area sana) :P

Jom tengok sikit gambar-gambar Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ni, oh by the way i'm not a professional photographer, so mestilah gambar tak sharp dan cantik mana.






Paling banyak gambar Adni la, sebab dia ni memang suka bergambar :) oh Lorong Belakang ni diorang panggil laman seni juga rasanya!






Tengok betapa ramainya orang, rasanya mesti banyak student UITM Shah Alam tu! haha.. Nada jeles sebab masa belajar dulu ada kepsi n pizza je, Jakel semua2 tu tengah nak buat. :P

Dekat mana Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ni?? Ala belakang tutti frutti, radiusite, area tu je,, ok landmark paling besau belakang JAKEL area pintu belakang Uitm Shah Alam tu...

Lepas shopping2 boleh datang berposing pulak!

Kalau nak tengok lagi gambar boleh view di Page AUROSA PHOTOGRAPHY,

Sebenarnya nak tukar nama page tu, sebab aku ambil gambar sesuka ja, bukan buat job pun.. heeeee