Sunday 28 August 2011

Ini Kisahku

Assalamualaikum,



Jom layan VIDEO "Ini Kisahku",
rancangan yang aku rasa sangat menyentuh hati :)
Sebenarnya, ramai yang berubah, dan cara mereka berubah berbeza2..

kisah  CATRIONA ROSS

kisah WARDINA SAFFIYAH


Aku tertarik dengan seorang kenalan,
mungkin dulu dia sendiri mengaku yang hidup dia hanya 'untuk' seorang LELAKI,
TETAPI
Cara dia berubah sangat2 menyentuh hati aku,
semua orang ada peristiwa tersendiri yang boleh mengubah kita untuk menjadi lebih baik :)
InsyaAllah 

Doa untuk kekalkan Hidayah Allah, rasanya dari Form 2 kita hafal kan :))


Wednesday 24 August 2011

Kahwin Muda

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah sebulan kami bergelar suami isteri,
serius macam xpercaya pon ada,
tambah2 kami berdua baru berusia 23tahun,
Suami masih lagi BELAJAR, 
dan,
saya sudah MENGANGGUR!!!
:))

Sungguh tak tipu,
ramai yang kurang yakin dengan KEWANGAN kami,
ramai juga yang kurang yakin dengan USIA kami,
tapi Alhamdulillah, 
kami sedang cuba,
dan masih dalam proses untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru kami..

Indahnya kahwin di usia MUDA :D
Ada imam bila mendirikan solat,
Ada guru mengajar Al-Quran,
Ada peneman bila sedih+takut, 
&
yang penting hubungan kami HALAL :)

KAHWIN MUDA?? APA RAHSIA??

PROMOSI HANGAT! Hangat macam goreng pisang!! 
CUMA RM 240,
eh RM 40!!! anda dapat 4 benda yang membuatkan anda berkobar-kobar dan yakin nak kahwin awal macam saya, hiks!!!


1. Ebook yang membincangkan tentang perkahwinan usia muda, tips mendapat restu, tips mengumpul duit & macam2 tips lagi haaa.. 


2. Tips2 kesihatan wanita, haaa ni penting bleh bagi suami baca, senang sket dia nak faham kesihatan kita nanti.. kelas gitew.



3. Temubual ekslusif dengan 7 orang personaliti, tokoh serta individu yang bersama-sama berkongsi ilmu agama mereka & pengalaman sebenar bagaimana mereka mendirikan rumahtangga walau di usia muda.



4. Prosedur2 sebelum kahwin yang perlu diketahui, ni PENTING ni, kalo tak asyik berulang alik la korang ke pejabat agama kalau tak lengkap. Bila dah baca prosedur2 ni baru la tak terkial2!!


BERMINAT??? JOM BELI!!
 <<<<<< KLIK SINI <<<<<<<


P/S : Tak suka orang tengok pelik je bila kita kuar ngan suami orang ingat kita keluar dengan BOYPREN keee??? heeeeeeeeh





Friday 12 August 2011

Bahan bacaan SEBELUM & SELEPAS berkahwin

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, dah hampir 3 minggu usia perkahwinan kami, :)
dan hampir 2 minggu aku dekat johor (umah mentua),
masih ramai yang wish 'selamat pengantin baru' & ada juga yang tanya tips2 nak kahwin ni,
adeh, tips gituww...
aku tak ada la tips, tapi ada beberapa buku yang aku suggest kalo korang dah nak berkahwin ni :)



1. PANDUAN PERKAHWINAN

Buku ni akak ipar aku kasi sebelum sebulan-dua bulan aku nak kahwin, mula2 aku xberminat nak baca, tapi aku belek dulu isi kandungan dia, dan aku rasa sangat2 dah memang patut untuk orang2 yg akan berkahwin. Panduan dar A - Z. insyaAllah lengkap. Apa yang aku belajar masa kursus kahwin semua ada dalam buku ni. Panduan solat, wuduk, semua yang basic2 pon ada. Lepas kawen, Syu member aku pon hadiahkan buku yang sama.

2. ASAM GARAM GULA & KOPI


tengok tajuk pun macam menarik kan, aku suka dengan cara penyampaian buku ni sebab dia macam cerita, macam novel :) yang paling aku ingat cerita pasal sepasang suami isteri muda yang baru berkahwin yang masing2 xada pengalaman 'masuk dapur', tapi sangat sweet sebab diorang berdua masak sama2.. :P Buku ni macam cerpen la, ada banyak cerita, banyak pengajaran.. Best2!

3. AKU TERIMA NIKAHNYA


Buku ni sangat femes ok, ni kompilasi 3 buku iaitu Aku terima Nikahnya, Bercinta Ke Syurga & Murrabi Cinta. Buku ni aku dapat sebagai hantaran dari pihak suami aku. So dia dah habis baca la, aku baru ja habis satu buku, Aku Terima Nikahnya. Cara penyampaian dia lebih kurang buku Asam, Garam, Gula & Kopi, tapi lebih kepada pengalaman penulis sendiri, Hasrizal Abd Jamil (www.saifulislam.com
Banyak hadith & doa yang dimasukkan dalam buku ni, dan aku rasa memang sesuai sangat2 untuk yang berkahwin & akan berkahwin. Yang belum pon boleh ja baca :)

4. INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


 ehem, buku ni classmate aku dkt Uitm yang kasi, so xsempat lagi nak baca..hehe, tapi aku ada search dekat GOOGLE, dan ramai yang suggest buku ni, siap rasa elok jadi buku teks lagi..

5. MEN are from MARS WOMEN are FROM VENUS


buku ni sebenarnya aku dah dgr ramai orang suka!! tapi aku maleh nak baca sebab aku ni xde la hebat sgt english. boleh la nak baca tapi lambat macam sket la, orang dah habis 6 kali baca aku baru separuh.. hehe.. tu pon mesti ada kamus kat sebelah, xpun google translate..haha.. tapi...tapi kalo sesapa yg terror english tapi saja lah kan nak baca dalam bm, jangan risau, jangan sedih sebab ... ada dalam edisi BAHASA MELAYU wehhhh... suami aku dah beli pon, dia dah baca, aku curi baca sket2, best2 sebab kita bleh faham/belajar pasal komunikasi antara lelaki & perempuan. bab yg aku paling ingat yg pasal kenapa lelaki kalo sesat jalan xnak berhenti ty orang dan kenapa perempuan sebaliknya.. cara dia olah yg kononnya perempuan ni dari planet venus, lelaki ni dari mars buatkan buku ni lagi menarik tertarik deboom...

amacam, jom la kita MEMBACA, sebab

MEMBACA jambatan ILMU

MEMBACA gaya WAWASAN

SELAMAT MEMBACA!!!

Tuesday 2 August 2011

Gubahan Hantaran

Assalamualaikum,

Memandangkan kenduri kawen dah habis,
barang2 hantaran yg melambak ni aku plan nk sewakan la kalo ada yg berminat,
heeee..
memang tu pon tujuannya sebelum buat lagi,

kalo ikut market price, *cewah*
dekat butik2 pengantin yg aku survey la kan,
kalo bekas kosong yg xterhias lagi dia sewa RM 5 - RM 7 sebekas,
kalo yg dah berbunga bagai tu RM 10 - RM 15 sebekas,
tu kalo kat area Sg Petani la...


kos nak buat ni mahal woo..
bekas dia je, 
dah bleh cecah RM 15 - RM 30 (kalo yg jaring2 putih tu)
bunga2 cinta dia tu mahal sebenarnya...
kalo yg bunga tipu yg nampak macam hidup tu aku tgk 3 kuntum pon ada yg RM12..
belum lagi reben2, manik2 dan lain2 lagi...
xnak la tipu,sebekas dah mencecah RM 50 tu....

tapi..
aku nk sewakan sebekas RM 10
aku ada 8 bekas semuanya,
ada x yg berminat?? heeeee

contact 013-6292754 (mun)
atau email : munyatinur@yahoo.com
area Sg Petani (penghantaran bisa diatur)







okay,
ni yg sedia disewa:




psst: kalo nk sewa bekas saja pon bleh yer, tanpa bunga2 tu RM5 shj :)

Monday 1 August 2011

Bilik Tidur Simple & Cantik (RESULT)

Assalamualaikum,

susulan dari ENTRY lepas,
aku terasa nk mendeko bilik aku dengan budget yg ciput,
& tidak mengubah sebarang perabot yg ada dalam bilik aku tu,
ini rupa SEBELUM bilik aku dideko deko,


cadar & langsir yg xmatch okey,
katil ala lama2 punya stail,
=D

setelah mengodek sana sini,
habis google merata,
aku telah memilih PURPLE sebagai warna tema,
walaupun baju kawen kaler peach aka pink masam.

RESULT:

Taraaaaaaaaaaaaaaaaa....

tara kucha.. tara kucha...








heee, akhirnya berjaya pujuk trainee kt opis beli lampu ikea tu,
dan yg petak2 tu aku beli online dkt DY WALL DECO

hmm.. xsempat nk amik gambar masa bunga-bunga bertaburan atas katil.. huhuhu..