Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah hampir 3 minggu usia perkahwinan kami, :)
dan hampir 2 minggu aku dekat johor (umah mentua),
masih ramai yang wish 'selamat pengantin baru' & ada juga yang tanya tips2 nak kahwin ni,
adeh, tips gituww...
aku tak ada la tips, tapi ada beberapa buku yang aku suggest kalo korang dah nak berkahwin ni :)
1. PANDUAN PERKAHWINAN
Buku ni akak ipar aku kasi sebelum sebulan-dua bulan aku nak kahwin, mula2 aku xberminat nak baca, tapi aku belek dulu isi kandungan dia, dan aku rasa sangat2 dah memang patut untuk orang2 yg akan berkahwin. Panduan dar A - Z. insyaAllah lengkap. Apa yang aku belajar masa kursus kahwin semua ada dalam buku ni. Panduan solat, wuduk, semua yang basic2 pon ada. Lepas kawen, Syu member aku pon hadiahkan buku yang sama.
2. ASAM GARAM GULA & KOPI
tengok tajuk pun macam menarik kan, aku suka dengan cara penyampaian buku ni sebab dia macam cerita, macam novel :) yang paling aku ingat cerita pasal sepasang suami isteri muda yang baru berkahwin yang masing2 xada pengalaman 'masuk dapur', tapi sangat sweet sebab diorang berdua masak sama2.. :P Buku ni macam cerpen la, ada banyak cerita, banyak pengajaran.. Best2!
3. AKU TERIMA NIKAHNYA
Buku ni sangat femes ok, ni kompilasi 3 buku iaitu Aku terima Nikahnya, Bercinta Ke Syurga & Murrabi Cinta. Buku ni aku dapat sebagai hantaran dari pihak suami aku. So dia dah habis baca la, aku baru ja habis satu buku, Aku Terima Nikahnya. Cara penyampaian dia lebih kurang buku Asam, Garam, Gula & Kopi, tapi lebih kepada pengalaman penulis sendiri, Hasrizal Abd Jamil (www.saifulislam.com)
Banyak hadith & doa yang dimasukkan dalam buku ni, dan aku rasa memang sesuai sangat2 untuk yang berkahwin & akan berkahwin. Yang belum pon boleh ja baca :)
4. INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
ehem, buku ni classmate aku dkt Uitm yang kasi, so xsempat lagi nak baca..hehe, tapi aku ada search dekat GOOGLE, dan ramai yang suggest buku ni, siap rasa elok jadi buku teks lagi..
5. MEN are from MARS WOMEN are FROM VENUS
buku ni sebenarnya aku dah dgr ramai orang suka!! tapi aku maleh nak baca sebab aku ni xde la hebat sgt english. boleh la nak baca tapi lambat macam sket la, orang dah habis 6 kali baca aku baru separuh.. hehe.. tu pon mesti ada kamus kat sebelah, xpun google translate..haha.. tapi...tapi kalo sesapa yg terror english tapi saja lah kan nak baca dalam bm, jangan risau, jangan sedih sebab ... ada dalam edisi BAHASA MELAYU wehhhh... suami aku dah beli pon, dia dah baca, aku curi baca sket2, best2 sebab kita bleh faham/belajar pasal komunikasi antara lelaki & perempuan. bab yg aku paling ingat yg pasal kenapa lelaki kalo sesat jalan xnak berhenti ty orang dan kenapa perempuan sebaliknya.. cara dia olah yg kononnya perempuan ni dari planet venus, lelaki ni dari mars buatkan buku ni lagi menarik tertarik deboom...
amacam, jom la kita MEMBACA, sebab
MEMBACA jambatan ILMU
MEMBACA gaya WAWASAN
SELAMAT MEMBACA!!!
slmt pngantin baru, kak mun...
ReplyDeletethanx!!
ReplyDeletewaalaiumusalam ayu.. kita beli dekat popular je.. kat mph pon ada kot :)
ReplyDeletethanx ayu!