Thursday 30 June 2011

Menjamu mata di THAILAND

Assalamualaikum,

Baru2 ni aku dapat peluang ikut rombongan sekolah mak aku ke THAILAND,
tentatif program dia gilaaa padat sehari dengan ke tempat membeli belah SAHAJA!!
kami bertolak dari pukul 6.30pagi dari Bedong, dan sampai ke sempadan THAILAND dalam pukul 8.00pg,
dan kami lunch dekat BIG C,
nak lunch kena ada kupon yaaa :)


menu lunch beserta kupon makan


before ni, kalau singgah Tesco sungai petani selatan tu,
dekat area car park tu kan ada kedai blouse2 Siam,
aku selalu la tengok mana2 yg berkenan,
bila dah ada peluang nak g sana,
fuyooooooooo,
rasa macam nak angkut satu bas blouse! bleh macam tu??

tapi,

tapi,

impian tu xjadi kenyataan,
kenapa??
sebab harga blouse kat sana tak da la murah sgt..
dalam RM30 - RM40 jugak (300 - 400 batt)
aku ingat bleh la dalam RM10 - RM20
hahaahaha,
gila kedekut, bukan kedekut,
tapi kalo dah range harga macam tu,
dekat sini pon sama laaaaa kannnnn..

lagi satu,
masalah nk berkomunikasi tu sangat runcing ya kawan2,
ramai yang tak boleh nak cakap inggeris,
so diorang akan tunjuk harga dekat calculator,
dan kita kena tunjuk juga harga yang kita nak dekat calculator,
dan,
yang xbestnya,
kalo kita dah tawar menawar tu,
kita tak nak plak barang tu,
ko tahan la berbakul bakul sumpah seranah ko akan kena.
hahahaha,
dekat 5 kedai kot aku kena camtu,
aku belek pon salah,
kalo aku tanya harga,
aku xnak beli dia marah!
sampai ke aku nak baju saiz lain, yang ada saiz lain, 
aku xnak ambil pon aku yang kena marah???????
kalau bleh cakap melayu,
nak ja aku kata 
"nak tengok2 je akak"
mesti dia balas,
tengok laaaa..
:))

tapi yang bestnya,
kedai beg,
beg dia ololololo comel2 gitu,
dan murah,
membe aku siap angkut 3 beg kottttt.
lawa2 gilaaaaa,
beg2 aku suka,
blouse tu aku hampa sket,
sebab aku harap dia akan lagi murahhhhh :(

dalam pukul 11,
kami sampai Danok,
terasa cam lapaaaaaaaaq tomyam,
so try la semangkuk,
mak aiiiiiiii,
100 batt (RM10)
tomyam kosong okay,
rasa macam kafe belakang umah aku ja,
apasal mahal sangat niiiiiii,
buat kepala aku rasa tomyam sampai harinih!!
hmmmmm.............

jom aku bawak korang jamu mata nengok blouse2 comel dekat THAILAND :)





comel kan,
jom angkut satu!!

Saturday 25 June 2011

Luahan hati si peminjam P**TN ;'(

Assalamualaikum,

Dear P**TN,
masa aku blajar dulu kemain suka aku bila awal2 sem aku  terbeliak ha mata nengok duit banyak dalam bank,
masa tu tak pikir pon nak kena bayar nanti menyiksa macam skang,
;(
tapi bila dah bekerja,
perasaan menyesal tu datang,
menyesal xnak simpan duit sket untuk cover bayar nanti,
menyesal beli benda merapu2 dolu2,
tu la pepatah,
dah terhantuk baru nak tergadah,
macam nak hantuk kepala skang!!
skang aku rasa masa aku blajar aku lagi kaya dari aku bekerja,
bleh macam tu??

Dear P**TN,
jangan la ko blacklist aku,
aku mampu bayar sket ja setiap bulan,
bukan apa,
bila dah kerja laaaaaaaagi byk duit keluar,
rumah sewa, duit kereta, duit minyak, duit makan,
topap, bil tenet..heeeee, 
kenapa beli kereta?? 
kalo xbeli nk g keja ngan apa?? ;'(
kesian kan..

cuba kita imagine,
kalo gaji yg bawah RM1000,
camna dia nk bayar,
kesian dia..
ada membe saya yg dah grad 3 tahun,
tapi still xdak keja,
jadi kerani je, tu pun gaji RM 600 sebulan,
camna nk bayar?? camna nk survive??
huhuhuhuh

Dear P**TN,
saya tahu, 
kalo dah hutang kena la bayar kan,
xkan x mengenang jasa plak,
kalo ada membe utang RM100 pon teringaaaaaaat,
ni kan aku yg berutang dengan P**TN beribu2 ni,
aish... muda2 dah berutang :(

janganlah blacklist saya,
saya sedaya upaya membayar sikit setiap bulan,
sikit2 lama2 jadi bukit kan,
tapi kenapa saya bayar banyak ______ dekat statement banyak _____
betulkah org kata ada kos pentadbiran yang tersorok tu??
huhuh,
camtu sampai bila saya nak berutang??

maafkan saya,
saya akan sedaya upaya membayar sikit demi sedikit,
saya sgt mengenang jasa anda,
memberi pinjaman kepada saya,

huhuhuhuhu,

terima kasih,


Friday 24 June 2011

Berurusan dengan Pejabat Agama

Assalamualaikum,

Tarikh kahwin dah decide,
kad dah edar,
tapi satu borang pun belum setel dengan pejabat agama,
yang sebetulnya kena submit sebulan sebelum tarikh nikah,
sempat ker??? *stress*

Alhamdulillah,
sempat juga akhirnya,
kelam kabut dalam masa 2 minggu je semua beres,
sampai je dia dkt bumi Malaysia ni,
macam lipas kudung semua nak kena buat,
ujian HIV la, kursus kahwin la,
itulah....inilah..
nasib baik dia ni cool,
kalau aku yg jenis kelam kabut ni dekat tempat dia,
mau tenson dan naik broga hill sambil jerit kuat2!!

ok kawan2 yg nak berkahwin tu,
meh sikit nak bebel apa yg perlu korang buat,

1. KURSUS KAHWIN

pergi je kursus kahwin ni, walaupun belum ada cahaya nak kahwin lagi, korang pergilah dulu,
nanti bila dah tetiba terasa nak kahwin, pastu dah korang asyik busy bilanya nak buat! dah la 2 hari pack macam tin sardin pulak!! haaa, lg satu senang cita kalo korang pergi dengan kawan2 sejantina ni, ada juga teman nak berdiskus dalam dewan tu nanti, xpayah suwit2 la nak g bersama, kang bukan bleh duduk bersama pon! =)

2. AMBIL BORANG NIKAH

bagi si perempuan2, sila ambil borang nikah anda di umah tok imam qariah masing2, nanti tok iman tu akan terangkan nak isi camna, pastu kena cari 2 org saksi borang, apa yg kena buat?? potostat ic wali, ic sendiri, ic saksi2 korang dan kena ada keputusan HIV TEST pastu bawak balik borang tu dekat tok imam, dia akan sign!
bagi si lelaki plak, kena ada surat sahkan yg korang ni bujang (mintak dkt ketua kampung kot) 

3. HIV TEST

hiv test ni valid 3 bulan aja, so 3 bulan sebelum kawen tu korang g la klinik kesihatan untuk ambil test ni. dia cucuk sket ja, macam kena gigit semut tu, then trus dapat result!! yehaaa -ve!!

4. KE PEJABAT AGAMA

bagi lelaki, lepas dapat je surat yg sahkan diorang tu bujang, diorang pergi la pejabat agama, bawak la hiv test, sijil kursus kawen, ic semua tu, pastu ada la interbiu sket2.. bakal suami aku kena byk soalan, soalan dia soalan basic saja, lafaz niat, rukun iman, rukun islam, mengucap dll, tapi bila dah pressure KETAQ macam jawab exam, macam2 leh jadi!!

bg yang perempuan pulak, korang kena kepilkan semua borang2 dari si lelaki tu & isi dgn lengkapnya borang korang, pastu leh la g pejabat agama! ye, jgn pakai jeans yer, pakai baju kurung. dekat sana nanti korang akan baca ikrar dalam tulisan jawi, dan tgk nasib la pegawai tu nak tanya banyak ke x.. muka nak konfiden jer baru dia xty banyak =P

dah selesai yg tu semua dia akan bagi resit suruh kita datang nanti untuk ambil surat kebenaran nikah :)
Selesai semuanya :)









Sebulan lagi, doakan kami :)

Tuesday 21 June 2011

Exclusive Art Solution

Assalamualaikum,

setelah beberapa jam en hisham dalam flight berfikir,
kedai printing dah ada nama, yeah2!!

nama nak panjang kan,
nak buat camna idea bos, kena ikut la kan... =P

Alhamdulillah,
walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia printing ni,
kami dah menerima beberapa tempahan kad kahwin & business card :)

untuk sesiapa yang berminat dengan kad kahwin, business card, flyers, banner, jom cepat add kami di facebook KEDAI PRINTING

kami janjikan kualiti & design yg memuaskan hati anda,
InsyaAllah









 

ALINAC SHOPPE pon tempah juga tau!! :))








Monday 13 June 2011

Jom dengar soalan INTERVIEW!!

Assalamualaikum,

eh, apasal entry pasal interview?? ko ni sepatutnya hantar resign letter!! resign letter belom siap, meh kita dengar apa yang selalu/kerap/favourite/akan/mungkin ditanya oleh bos-bos di Malaysia nih.. :))



ikut mood bos/tukang bertanya tu sama ada dia nak speaking ataupun berbahasa Malaysia dengan korang, kadang2 diorang akan start dengan English dulu, nak tengok la sebutan korang tu, haaa itulah penting english education.. (nada macam usop wilcha)
bila dah korang bleh ikut rentak, penemuduga tu macam best jer sembang ngan korang mula la keluaq habih loghat dia hilang terus speakig2 nih!!


1.INTRODUCE YOURSELF

-kalau dah dia kata introduce yourself ko pon start la dgn My name is _________. Currently, i am final year student from __________ (ni masa aku ngah final year lg blom grad, mueheeee) I am doing Bachelor in Quantity Surveying (contohnaa) After finishing my SPM exam at __________ in _______ course, i got offer to continue my studies at ________ major in _______.
[maap le, kalo grammar saya ni tunggang terbalik yer]


2. WHY SHOULD WE HIRE YOU

bukan nak kata kau ni cakap besar ke apa, tapi dah kalo soalan cenggini, terpaksa la ko melobi sakan diri ko, xkesah la nak cerita ko ni pengawas sekolah ker, kau ni dean list every sem ker, ko ni dah minat tahap gila2 ngan kampeny dia ker apa2 lah, asalkan dia rasa wowwww, aku kena amik dia ni kerja ngan aku!!

contoh masa zaman aku:
I believe that i will try my best to give 100% commitment to this company. After 3 years having learn through this course, i realize that my passion on this field is high because i really like the environment of this job. With my passion, i believe that i will be able to carried out the job. During my practical training in 2 different companies, i had involved in the preparation of interim certificate, tender document, tender report which i think that will fullfill your company requirement. Dealing with many people in my course give me the chance to improve my communication skills. bla..bla...

3. STRENGTH & WEAKNESS

oh, soalan ni mencabar ni!! bila ditanya kelemahan & kekuatan, jangan pula ko jawab kekuatan saya ialah dapat mengangkat buku2 yang seberat 5kg, xpun ko cerita ko ni kuat menangis ke apa ke.. xbleh2!! ko cerita la ko ni bleh wat keje even ko sgt stress ke, ko bleh handle punya, ko ni profesional ka..

contoh:
I always improve my knowledge and skill through reading. I have no problem to face new environment and i have no problem to face challenges and obstacles. I am ready for that since i had went through all that in my studies.

4.WHY THIS COMPANY??

haaa, ni soalan best ni, masa ni la nk lobi yg ko pilih company dia sebab company dia hebat, terhebat dalam carian google ke, sangat maju dan gah ke, jangan plak ko cakap sebab company u xde punch card senang i nak cabut lari, company u ada tea lady, i suka minum air teh.. blom habis ayat ko tu, jangan terkejut kalo paper atas meja dia dah melayang dekat muka kau!

contoh:
I found that although your company is still new in this area, but your company has shown such a fast development also with project available here, i believed and confident that i would be a better and professional qs (contoh kalo ko qs lah). I want to be a part of this company. (ayat ni macam ko mengharap gila la, buat eksperesi mukaaaa skali okay?)

5. WHY QS? (kalo ko qs lah) WHY _____?? 

[apa nama pekerjaan korang, fill in the blank okay)
yang ni boleh la cakap pasal minat korang yg mendalam terhadap bidang korang ni, kalo xminat pon tolong la berlakon sejam dua yang korang sgt minat okay???

aku terpanggil nak share benda ni, bukan nak menunjuk aku cakap omputih masa interbiu, ni pon aku kerah tunang aku yg ajarkan yg terjemahkan, :)) anak teacher asmawati ni xreti sket nk speaking2 ni, makan belacan ngan petai dari kecik (alasan konon munasabah)
Alhamdulillah, aku interview dekat 3 tempat, guna jawapan yg standard macam ni ja.. (dah bleh hapal masa tu sebab asyik baca siang malam), semua tu dapat.. tapi satu tempat aku dah resign 24jam, satu tempat macam huhuhuh, dan satu tempat lagi yang aku bekerja sampai sekarang dan bakal resign lagi :))

tak ada tips menarik masa interview, just confident, banyak membaca, kalau kau qs tu, sila berlatih buat measurement sebab masa aku interview aku kena buat measurement :)
banyak2 selawat sebelum nak masuk interview, nak hilangkan rasa gemuruh!!
senyum yang penting :))
apa2 pun CONFIDENT!!! insyaAllah  :))




maafkan saya kalo GRAMMAR saya macam goyah sket :)

Friday 10 June 2011

Nak hias dinding!!

Assalamualaikum,

Semangat nak menghias bilik dah meningkat sejak dah beli cat!! 
Lepas godek punya godek contoh bilik2 dalam google nih,
aku dah jumpa kaler pilihan hati,

UNGU

kenapa tetiba dah berjangkit kaler ungu dan bukan hijau lagi?? ntah! sebab aku suka bau Lavender kot..kot.. tapi kan, kalau bilik tidur letak la kaler yg sejuk mata nak memandang, kang ko letak hitam asyik nak tido je, xpon ko rasa macam dalam gua.. heee..



dah lagi sebulan nak majlis, barulah ada kesedaran nak mengecat la, nak menghias la, sebelum ni xada pon, cis2!! pemaaaalas punya budak!! bukan laaaa.. bila nak dipikirkan balik, pada aku melabur RM350 untuk kasi dekat orang tempek bunga sana, tempek bunga sini, pasang kelambu bagai, pasang cadar kawin satin, baik aku mendekokan bilik aku ikut gaya tersendiri!! eceh, gaya kau!!

eh, janganlah korang nak marah aku, actually aku xsuka la kalau bilik pengantin ni ada bunga banyak sangat, dah rasa macam taman bunga kan, aku xsuka kalau ada kain berjurai sana sini, aku suka yg simple2 ajer.. less is more! heeee..

bila dah nak hias bilik, ko tengok budget ko, macam aku yang budget tengah bulan dah kering kontang ni, terpaksa la beli sikit demi sikit barang2 nak menghias bilik ni,

bulan pertama, aku beli cadar akemi yg konon SALE gilaaa tu.. yang harga before cecah RM500 tapi tinggal RM120 tu.. haaa, 5 tahun sekali kot nak merasa beli cadar mahal ni.. heeee..


bulan kedua, aku beli lampu yg SALE dekat ikea, tinggal RM45 tu.. ish, janganlah korang kutuk aku, sebab time SALE je akak mampuuuuuuuu.. :))

bulan ketiga, baru nak beli cat!! seperti idea lepas, nak cat purple gelap dekat kepala katil, dan purple lembut untuk bahagian lain, boleh kau masuk kedai kau tanya auntie tu, cat paling murah yg mana?? oh, sungguh kedek ko ni!! ok2, barang2 cat sekali dengan 2 tong cat purple gelap & purple lembut berharga RM85..

so, total nya 120 + 45 + 85 = RM 250

so jimat kan, pada aku nak melabur RM 350 untuk pasang benda macam2 tu sehari saja, 
baik aku guna duit tu untuk puaskan hati untuk deko bilik sendiri! walau kau tu xhandal mana nak hias kannnnnnnnn..

fikir punya fikir, 
macam kosong je kan dinding atas kepala katil ni,
so, dengan bantuan cik google, aku pon taip lah WALL DECO, 
yehhaaaa, aku dah jumpa apa aku nak letak atas kepala katil aku!!




cantik tak!!
comel kan, xsabar nak hias ni!! owner blog ni kasi 4 keping RM 110 sekali postage.. bagi aku ok la kot, pada aku nak bertukang beli fabric bagai.. ko dah pemalas jangan nk berangan nk buat semua sendiri boleh???

jom jengah BLOG dia, mana tau ada yang berkenan!

tak sabar nak tengok bilik bila siap!! heeeeeeeeee.. jom la deko sama2!! jom2!!!

layan dulu gambar benda kepingan2 ni, 
apa nama dia haaaaaa??
WALL DECO!!








banyak juga website yang ada jual benda ni,
kena pandai tengok design dgn budget je,
xpon, ko pergi beli polestren besar tu, 
ko balut dgn kain yg nk buat langsir tu,
kan dah jadi!!
heeeeeeeee...
selamat mencuba!

tata!!