Saturday 30 April 2011

Glamorous Bridal :)

Assalamualaikum,

Musim nak kawen dah nak dekat kan,
Dulu orang selalu kawen time cuti sekolah,
dekat kalender jenuh nak tulis arini si A kawen, esok si B kawen, lusa.. tulat..
tapi skang dah xmacam tu kot.. kot..
sekarang cuti sabtu ahad pon ada kenduri kawen..
oh, sebelum nk bebel panjang lebau ni,
nak cita la sket pasal BUTIK PENGANTIN yang best ni,
baju dia berkilau2, make up dia kompem la cun!!




macam mana aku tau kewujudan butik ni??
oh butik ni dekat je ngan opis aku,
tapi slalunya bila aku lalu je dia tutup,
sebab kan aku asyik lalu masa 'lunch',
dia pon ofkos la g lunch kan!
tapi lepas aku bertunang aritu, aku sembang la ngan pipah,
budak keja guardian kt bawah opis aku,
dia cita bila dia gi BUTIK GLAMOROUS BRIDAL ni,
trus mood kawen dia datang bila tgk je baju kat situ!
hiperbola sungguh!!!
aku pon dengan semangat berkobar-kobar terus kol owner butik ni,
nk g kedai dia,
first time aku masuk butik ni,
fuuh!! cantiknya baju diaaaaaaaa.... heeeeeee




owner dia ni nama ka Shila,
dia ni cantik bangat, badan pun still selim melim,
jeles aiii..
selain dari ada butik, dia juga ada buat kursus make up,
dan jual macam2 produk lagi..

                                               [ni akak SHILA tu]

sapa yang berminat boleh la datang butik dia,
dekat Taman Sekati Indah,
dekat dgn EON bank tu,
atau bleh add dia dekat FACEBOOK

okey, ni semua 'hasil tangan' dari butik GLAMOROUS BRIDAL :







                  


oklah,
so, sapa yg dah nak kawen,
yang masih cari2 theme colour,
designer,
bleh la datang sini!
Higly recommended!

tata~

Thursday 28 April 2011

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum,


Muhasabah diri,
Jom tonton,



ni antara gambar 'kawan' saya yg saya 'curik' dkt fb dia,
kagum & rasa tenang bila tengok,






ada cousin saya yg study dkt NZ cakap dia solat dlm fitting room kalo g shopping dkt sana,
'kawan' saya pon sama,
dkt tepi jalan pon diorang boleh solat,
so,
tiada alasan utk tidak bersolat.


Peringatan untuk diri dan rakan2,

Salam :)

Friday 15 April 2011

"Aku Sudah Bertunang"

"Aku Sudah Bertunang"


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."



Dipetik dari ILUVISLAM

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Asslamualaikum

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak siti khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan kamu. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus menghiasi istana kecil kita, agar kau dan anak2 kita dapat tinggal dengan nyaman dan sempurna. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu ketika kamu pulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak2 kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu meraih pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah  rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

Maka,terimalah aku seadanya wahai calon imamku..insyaAllah,moga kasih sayang kita kekal berpanjangan sampai syurga..amin allahumma amin.



Monday 11 April 2011

Tepuk dada, tanya iman

Assalamualaikum,


Peringatan untuk diri & rakan2 yang lain :))

Saturday 9 April 2011

Happy birthday Syarfa Syamimi!

Assalamualaikum,


9 April 2011,
Birthday Syarfa Syamimi, coursemate aku dkt Uitm dulu,
Semester 1,
macam mana blh kenal dia, dia ja org 1st yg berani tegur aku 
"Ko memang banyak baju kaler macam ni eh" waktu tu aku pakai baju kurung kaler gold!
Oh, dia ni dok memerhati aku ke hapa, aku sndiri pon xprasan okay, n tu lah first time kami bertegur sapa dlm kelas!


Aku, Syarfa Syamimi, Solah Makkiah, Nur Amani & Fadilah Murtadza,
kami semua sekelas masa Semester 1 & 2,
ntah macam mana kami bleh jadi 'klik'
maybe sebab Aku rumate dgn Solah, Solah senegeri dengan Meni, Meni rumate dengan Mimi, & Mimi sematrik dengan Dila. ye la kot!
macam tu la kot wujudnya "FRIENDSHIP" 


and kenangan2 yang xbleh nk lupa,
setiap kali besday antara kami semua,
semestinya ada SURPRISE birthday party,
nk sedap sket, ada makan2 lah..
start la dari Semester 1 sampai lah ke Semester 6.
jenuh nk memikir macam mana nk bg sorang2 terkejut!


Antara kami semua cik Syarfa Syamimi ni paling innocent la kunun,
so senang cita, senang la nk terkejutkan dia ni,
kona kanan, kona kiri,
haaaa... dia dah percaya!!
masa semester 2 kot, kami cakap nk ajak dia g PKNS,
so kami tunggu la bas kt blakang,
tapi kebetulan bus asyik penuh ja,
so cakap la ngan cik mimi ni, jom la kita makan kt blakang je,
masa tu aku, niza & mimi ja ada,
so, kami pon pg la area pusat komersial tu konon nk makan kt situ,
jeng3!!
sampai je SIDEWALK, ada Solah & Dila dengan KEK BIRTHDAY MIMI!!
HAPPY BIRTHDAY MIMI!!!




mimi, 
kelakar la!!


selepas setahun,
untuk birthday yang ke 22,
aku xjoin utk terkejutkan mimi,
sebab diorang dh combine birthday aku ngan si mimi ni,
:D








rasanya masa belajar la sgt2 berharga,
bila dah masing2 jauh skrang,
bleh ingat balik je kenangan dolu2!


Rindu nk dgr nasihat Solah,
Rindu nk gaduh2 ngan Dila,
Rindu nk 'gosip' ngan mimi,
Rindu nk kacau2 meni.


thanx korang!




HAPPY BIRTHDAY MIMI!!

Thursday 7 April 2011

PERFUME ori :D

Assalamualaikum..


Sempena dengan "musim harga runtuh" utk PERFUME di UK, 
kami dengan ini akan memulakan projek menjual perfume ORIGINAL tak lama lagi!! 
jadi, jom lah melawat "KEDAI KAMI" 




“Kedai Kami” akan membuat promosi PERFUME besar besaran dengan diskaun 
Sepanjang Promosi berlangsung kami akan memuat naik pelbagai perfume kegemaran anda, dan anda boleh memesan (book) dengan membayar deposit (separuh harga) terlebih dahulu. Penghantaran semua Perfume akan dijalankan pada 5 Jun 2011. Penghantaran Percuma akan dijalankan di sekitar Sungai Petani, Kedah. Semua PERFUME adalah Original dan didatang khas dari London. 100% Original! Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB @ MAYBANK. Selamat Membeli :)



cuit2: dulu xreti pon pakai minyak wangi mahai2 ni, tapi kalo dah separuh harga pon bleh dapat, ori plak tu, saya xlepas peluang! hihihhi..

Peringatan utk diri dan rakan2 yg lain,

Assalamualaikum,

tadi ada bka FB, and nampak benda ni,
Peringatan utk diri sendiri & rakan2 lain.


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Wednesday 6 April 2011

Quantity Surveyor & Ukur bahan.

Assalamualaikum,

Anda tahu apa itu QS? Ukur bahan?? dulu aku penah mengalami situasi macam ni,

Situasi 1
Mak Cik A : Belajar apa kt Universiti tu?
Aku       : Ukur Bahan,
Mak Cik A : oh, Gubahan, gubah2 bunga macam tu eh..

Aku pon senyum simpul saja, tergaman sebenarnya!

Situasi 2
Kakak B : Study apa kt sana?
Aku     : QS, Quantity Surveying, (dgn harapan ckp omputih leh paham kot)
Kakak B : oh, macam Quality Control jaga kilang tu eh?
aku...grrrr... heheh, senyum makin lebar sampai nampak taring :D

masa aku form 4&5, aku amik Civil Engineering kt sekolah, so ada la blajar satu dua bab pasal QS masa tu.. so masa tu la tertarik sket nk amik QS ni,

 takrifan ukur bahan ni lebih kurang macam ni lah:

- Juruukur bahan @ Quantity Surveyor berperanan 
sebagai penasihat kos pada perigkat awal 
walaupun lukisan terperinci belum dikeluarkan.
- Membuat anggaran kasar untuk rujukan pemaju.
- Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara 
sistematik setiap element
- Menyediakan dokumen tender

dan macam2 lagi la! Kebanyakannya melibatkan $$$$$$

Sepanjang bekerja sbg QS yg xberapa berpengalaman ni, 
aku dapat la sikit ilmu, sikit2 lama2 jadi 
bukit kan, Antaranya, menyediakan BQ (bills of quantities) 
bagi bangunan, ada Hotel, Rumah Banglo,
& Hospital. Buat Taking off dari Substructure (bawah tanah) 
sampai la ke Superstructure (rangka2 
atas tu)
Bagi pendapat aku, kalo kita di Kampeny yg kecik,
 banyak la kita blajar kot, sebab semuanya dari A-Z 
kita kena buat.. Dari measurement sampai siap BQ, 
sampai la ke binding tender doc, buat tender report,
dan macam2 lagi.. jadi tukang print, tukang photostat,
 kalo nasib xbaik tu blh jadi despatch skali =P

Ada juga dua tiga org yg tanya pasal QS ni, yg penting kena MINAT!  InsyaAllah boleh lepas punya, Alhamdulillah, classmate aku kt Uitm rasanya semuaya dh bekerjaya :))

ni panduan untuk sesapa yg nak tau peluang kerjaya sbg QS, (cilok dari JOBSTREET)


ni pulak Salary , hmm.. kalo kt Area Bandar memang gajinya tinggi sket, sesuai la ngan kos kehidupan kt sana, kalo kt kampung2 macam aku ni, murah sket, hehe.. Aku pun ada pengalaman di offer RM 1,200 shj.. ramai yg cakap xberbaloi.. tu pandangan masing2, kalo Fresh grad ni xleh nk demand sgt, tapi kalo sikit sgt sampai semput setiap bulan tu, aku pon xtahan :D



(Klik utk besaukan!)

sampai sini saja pembebelan aku, 
kalo ada yg xkena, 
maafkan saya sebab,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR :D