Friday 12 June 2015

Keguguran

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas dua bulan baru aku ada kekuatan untuk bercerita kembali kisah keguguran. Adni dah masuk 3 tahun, jadi perasaan nak jadi ibu, nak mengandung tu memang sangat-sangat kuat.

Bila tengok kawan-kawan sekeliling semua dah beranak dua semua lagilaa rasa sedikit jealous disitu. Tapi bila fikir-fikir balik aku dah kira patut dan sangat bersyukur sebab Allah dah kurniakan Adni, kalau nak bandingkan dengan orang lain yang masih lagi tak ada anak.

Bila dah lama sangat jarak ni, macam-macam cara la cuba antaranya ambil suplemen (of course Shaklee) dan beli opk strip (kit kesuburan) Aku beli di Fb je memang sangat murah, rasanya satu jatuh dalam 80 sen je compare dengan farmasi dekat luar.

Masa hari pertama period dah lewat, aku dah berdebar-debar excited masa tu aku ada seminar Shaklee di Kinta city Riverfront, Ipoh. Disebabkan aku beli banyak opk dan opt test tu, hari pertama lewat pun aku dah check. -Ve ! (before ni Adni hari pertama lewat period pun dah naik terang berderang positif) So aku memang dah tak berharap.

Masuk hari ketiga masih tak datang period aku check lagi, masih -ve. Aku tinggalkan je upt test tu dekat dalam bilik air, bila aku masuk balik dalam bilik air aku tengok eh... line kedua ada tapi sanggggat kabur.



Tunggu lagi dengan penuh debaran, hari kelima check pun masih kabur tapi boleh nampak dah ada. Jadi kami pun pergi ke klinik swasta check urin dan scan Alhamdulillah ada. masa tu balik terus semangat check kalender kakulator bersalin. Menangis syukur sangat!



Dalam tempoh sepanjang mengandung tu memang tak ada teringin apa, tak ada alah, dan tak rasa penat. Jadi aku banyak naik motor hantar Adni ke sekolah, pergi mengaji mungkin agak lasak rutin harian aku. Compare masa mengandung dekat Adni aku dekat UK, memang hari-hari duduk dalam rumah tak bergerak mana pun!

Dan Adni pun masih lagi menyusu dan baru cuba nak 'cerai' susu bila dapat tahu mengandung. Masuk ja minggu ke 7 mengandung, malam tu aku mimpi aku keguguran. Terus aku bangun tidur. dah subuh, jadi terus masuk bilik air nak bersihkan diri dan terkejut gila aku ada darah (macam tengah period)

Macam-macam dalam fikiran aku, terus google sana sini tanya kawan aku yg biasa bleeding di awal kehamilan ni. Banyak yang positif dan anda juga yang negatif. Terus ajak suami aku ke klinik kkia je dulu. Sampai je klinik diorang suruh aku terus ke Hospital bahagian Emergency.

Mulalah detik paling sedih untuk aku tahun ni.. Pukul 8.00 kami dekat Wad kecemasan, doktor seorang ja, dan yang masuk ke Kecemasan ni dekat 5 orang. Doktor lelaki! Aduh! Dia scan lama sangat dan tenngok muka aku pelik.

"Awak tahu mana awak mengandung"

"Saya check upt, dah pergi klinik pun"

"Klinik mana? Doktor ada scan"?

"Klinik dekat Ipoh. Ada, doktor nampak kecil lagi"


Ni gambar masa doktor check. Memang kosong!

Dan misi doktor tu mencari- pun berulang-ulang. Dia panggil kawan dia, doktor juga pun sama scan sana sini tekan perut (memang sakit tak tipu masa dia tekan-tekan ni aku dah geram) Dan diorang mula cakap bahasa diorang yang buat aku geram. Bila aku tanya tak nak pulak cakap kenapa. Apa masalah. Dan diorang decide nak masukkan muncung itik. Last dia baru bagitau dia scan xnampak takut aku hamil luar rahim. Allah! apa perasaan aku masa tu. Aku panggil nurse mintak nak keluar cari husband, nurse tu tak bagi dia sendiri akan pangggil husband aku masuk.

Masuk je husband aku dalam bilik aku ajak dia lari ja dari hospital ni. Heee.. Tapi mestilah tak boleh ic aku ada dekat diorang! Lama lagi tunggu baru diorang decide nak hantar aku naik ke Pakar O&G. Sampai je kat sana prosedur yang sama scan dan masukkan alat tu. Aku dah terus bagitau doktor yang tadi dekat emergency pun buat benda yang sama. Scan tetap tak nampak jadi dia mintak scan dari bawah, bila scan baru nampak ada dan masih terbentuk elok. masa tu aku dah lega sangat.

Balik je rumah petang sikit baru keluar ketul-ketul. Aku terus snap gambar sbb ingat nk tunjuk dekat doktor. Esoknya pergi balik ke hospial bahagian O&G dan dia kata harini untuk kanak-kanak, diorang mintak aku turun ke kecemasan. Tak nak benda yang sama berulang kami terus ke KPJ. kenapa tak pergi je KPJ dari awal sebab rumah kami dengan KPJ dalam sejam setengah. Sampai je kata sana, dioarang memang bagi masuk cepat sebab tengok muka aku yang pucat gila. Kalau orang tanya sakit ke tak, rasa macam senggugut ja. Aku tak berhenti-henti berdoa moga semua selamat.

Masuk je jumpa doktor aku dah rasa nak menangis nak cerita. Sebelum ni dengan doktor yang sama aku rawat hal cyst aku, Dan dia pun tau yang kami memang nak anak lagi. Aku cerita balik semua yang jadi semalam, dan tunjuk gambar dekat dia. Dia diam, dia cakap okay kita scan dari bawah terus, tengok kalau ada kita bagi suntikan kuat rahim. ok. Jadi memang berdebar bila scan tu dan dia pun cakap dah xde. Semua dah keluar habis ni.

Dia suruh panggil husband aku, dan aku pun dah tak boleh nak dengar apa terus menangis ja masa tu. Lama diam, ya aku redha untuk semua ni, , Aturan Allah tu cantik dan sempurna.


15 April 2015, sempat buat buku lagi :)

No comments:

Post a Comment