Tuesday, 5 July 2011

Menghampiri status puan :p

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar xlama lagi bakal menyandang status puan,
eceh,
ni pun Hanim yang sedarkan,
"lagi 2 kali jumaat ang dah jadi Puan Munyati" 
gerun rasa, macam banyak lagi xbelajar,
banyak lagi yg perlu belajar :)

sebenarnya, aku nak cerita pasal seorang sahabat aku di KMJ (matrik johor),
namanya "Asna" yang tu jer info yang aku tau pasal dia,
dah lama aku cari kt mana Asna ni menghilang,
kami semua rakan2 KMJ pun xda yg dapat contact dia,
tetiba,
bakal suami aku mesej,
dia kata Asna masuk Buletin Utama semalam,
cerita pasal scholar felda yang belajar pasal repair kapal terbang,
tetiba rasa sayu sangat,
macam mana nak cakap dekat Asna yang kami semua ingat dekat dia,
dia ingat x dekat kami???

Bila dah makin dekat tarikh kawin,
ingat nak cakap dgn Asna,
dia yang selalu sangat kenen2 kan aku dengan hisham dulu,
nak cakap ngan dia,
Asna, aku dah nak kawin ni..
masin mulut ko Asna,
tapi mana nak cari???
aku xtau banyak pasal dia,
just nama, dan dia blajar pasal kapal terbang,
dan dia tajaan felda. yang tu je.
sebab masa dia dekat KMJ dulu, 
xlama sgt dalam 3 bulan  ja,
pastu dia dapat tawaran lain..

Asna,
aku rindu ko sangat,
aku ingat ko la orang first yang aku tegur dalam kelas,
sebab aku masuk lambat Makmal Kimia,
MK aku ingat Makmal Komputer,
tercongok aku depan makmak komputer,
rupanya Makmal Kimia,
pastu masa tu malu gila aku,
dah la paling lewat masuk kelas,
ko la yg cerita balik kat aku,
tenangkan aku yg dah gelabah gila masa tu..

Asna,
masa ko dapat g interbiu,
aku dah sedih..
sorang2 nak keluar,
mula2 Hisham, xlama lepas tu pika, Saiful & last ko..
bila makin ramai yang keluar, 
kami makin sedih, ye la, 
even kenal baru sebulan dua, tapi kita masa tu rapat kan..
semangat buat kerja untuk miss kumu,
pergi library, berlatih choral speaking,
fuh.. rajin kan masa tu..
even masa ko dah nak keluar pon,
kita still beriadah sesama,
lawan bola jaring.. kan,

Asna, 
aku doakan kau berjaya :))
harap sangat dapat contact ko before kenduri aku..
masih ingat kami??
Mirae,Syu,Azie,Wan,Ain,Pikah,Firah,Kay,Epah,Nazriah???
rindunyaaaaaaaa KMJ,
rindu nk g dewan kuliah,
rindu nk stay up wat tutorial,
rindu nk bekpas sesama,
rindu semuanya!!!!



ada juga gambar kita sesama kan Asna :)




masa kita main netball sesama, tu frame yg kami hadiahkan kt ko pun ada =P


kat mana pun ko berada, aku tetap ingat kat ko,
bukan Asna saja, 
tapi korang semua memang BEST, 
Pikah, Mira, Syu, Kay, Wan, Ain, Epah, Azie, Nazriah, Fira,
korang memang BEST!!!
rindu korang :))

1 comment: