Monday 28 March 2011

Exam!!

Assalamualaikum,


EXAM?
musim exam kan sekarang?? Teringat balik penat lelah masa menjawab Exam dan sebelum demam EXAM.
Lagi 3 bulan, "Awal lagi nak prepare, belum ada soalan spot"
Lagi 2 bulan "Busy nk siapkan assignment, coursework, mana sempat nk study"
Lagi sebulan "Eh, banyak juga ni nk kena cover, sempat ke tak?"
Oh, masih xada kesedaran!
Tidoq dalam kelas, ponteng!!
lagi beberapa minggu,
Koop dah habis stok neskepe,
masa ni semua orang pulun!!
terus melekat dekat minda falsafah "BETTER LATE THAN NEVER"
sampai tak tido2, nk habiskan semua, semua bab nk baca dalam satu hari!!
hmm..


Aku dah ada pengalaman,
tak tidur semalaman, Principles of Economics part 1,
langsung xsentuh,
esok pagi pukul 8.00 Exam, malam ni pkul 8.00 baru nk start mentelaah,
jawapannya dalam hall tdoq sedap mimpi Economics!
menyesal! tu pon xpernah nk serik, every sem tetap study last minute!!


Masa SPM dulu, banyak benar tips nk exam yg aku amalkan yang aku rasa Alhamdulillah berjaya,


1. Solat Hajat & baca Yasin
Alhamdulillah, sejak dari sekolah sampai zaman U, aku slalu dapat rumate yg rajin2 & yg boleh aku jadikan tempat rujuk. Setiap malam, diorang akan bangun untuk solat hajat & baca yasin, untuk mintak permudahkan semuanya..Aku pun terikut, dan rasanya tenang nak jawab EXAM.. 


2.Call Mak
Sebelum nk jawab exam mesti kol mak, suruh mak tolong doakan, ayat yang sentiasa nk ngadu "Mak, takut.. xbaca banyak" & mak plak akan cakap, InsyaAllah, boleh jawab punya.. mak doakan.. dan yang paling sedih & terharu dari UPSR sampai ke SPM mak akan baca Yasin setiap kali paper EXAM.. Terima Kasih MAK!!


3. Lapangkan Fikiran sebelum masuk dewan
Mak selalu sgt pesan, sebelum masuk jgn bincang sgt dengan kawan, jangan stress sgt pk apa yg belum baca. Lapangkan fikiran. Selawat & baca Ayat2 Quran supaya hati tenang :))
sebabnya, bila kita asyik dengar & bincang, mesti akan jadi macam, "eh, tu bab apa eh? aku xtau pon" "alamak, aku xsempat tgk la bab tu" dan macam2 lagi!! kan dah frust!


4. TAWAKAL


D doa
U usaha
I Iltizam
T awakal


YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM...
" Lancarkanlah mata pena kami semasa menjawab exam... Kembalikanlah kepada kami apa yang telah kami pelajari... Ilhamkanlah kepada kami apa yang kami tidak ketahui...
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana... Hanya kepadaMU kami bertawakkal..."


YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM...
"Berikanlah kejayaan kepada kami, kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Hanya kepadamu kami berserah" (thanx tuan blog)



Good Luck semua untuk rakan2 di UITM, warga2 Quantity Surveying, Civil Engineering & rakan2 yang lain!!

No comments:

Post a Comment