Assalamualaikum
First time nak beraya di perantauan, jauh dari kaum kerabat.. Walaupun raya haji je, kalau dekat Malaysia mesti ada gak rasa meriahnya dengan banyak anak-anak sedara balik, semangat esok nak pergi sembahyang raya ramai-ramai, lepastu tengok lembu yang dikorbankan..
Southampton, walaupun tak rasa sangat kemeriahan dia, tapi kami ramai-ramai di Southampton ni ibarat satu keluarga yang besar!! Sebelum hari raya ramai-ramai dah start merewang, diorang dah bahagi-bahagi tugas,
dekat rumah aku, kami semua buat begedil, kuih sagu dan ayam goreng berempah.. nyum2!!
Juadah makan ni tak nak mengalahkan beraya di Malaysia ni! ada beriyani, lontong, soto, laksa, ketupat, nasi impit kuih muih dan macam-macam lagi sampai tak larat nak makan haih!
Pagi-pagi kami semua pergi solat sunat aidil adha dekat dewan besar.. ramai sangat muslim kat situ, bukan orang melayu ja.. :)
Event Aidil adha start pukul 9, ada tazkirah sikit tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, dan ucapan dari ketua keluarga Southampton.. tapi..tapi kemeriahan rasa kejap je.. habis je event semua balik rumah. sebab sejuk sangat sampai tak kuar-kuar umah dah :(
apa-apa pun seronok juga beraya di peratauan :))
eh,, sempena aidil adha ni, bertambah lagi bilangan anak sedara, cucu mak tok yang ke-6, Muhammad Umar Haris, lahir selepas asar di aidil adha :)
No comments:
Post a Comment