Alhamdulillah, bersyukur sangat pada hari Merdeka 31 Ogos ni, dapat berkumpul dengan sebahagian 'anak2' dari Geng UmmiAdniBizz. Tak tahu rasa gembira excited sanggup nak drive sorang-sorang dari Perak nak ke Gombak (Pejabat Urusan Enermax)
Tekad nak drive sendiri, sebab husband kena kerja jadi terpaksa la nak tinggalkan Adni dekat pengasuh. Serius dah lama tak tinggal Adni lama2 dekat pengasuh dia, Opah Yam sebab dah 5 bulan berhenti jadi cikgu kan. Bayangkan 5 bulan dah stop pump, sebab bagi direct feeding je.. dah stop buat stok, tetiba nak pump kan!
Alhamdulillah dapat juga 3oz, even dah 5 bulan stop buat stok. hehe..ni pun kejap je pump, tetiba husband mesej "Esok cuti, boleh p kl sama2"
Huh! ok lompat bintang sat! Berhenti la mengepump! hehehe
Antara tips saya masa pam.
1) Jangan stress fikir ada ke idak susu ni..
2) selawat, berzikir masa pam
3) Jangan tengok susu masa pam..kelakar..tapi bila kita asyik tgk pastu sikit, pastu stress akan effect pengeluaran susu..
4) Masa pam kena relax, tgk muka anak ke..kalau kat opis tgk gambar anak ke..xpun tgk tv..hehe
5) buat power pumping ya.. ramai yang call saya pump, tapi xkeluar apa pun akak camno nih?
Tak pe, slow2.. pump je.. tahu tak masa pump tu kita tengah rangsangkan pengeluaran susu!
Ok, cerita balik pasal Seminar BEGINNER Shaklee, sejujurnya saya Excited sangat kali ni sebab saya bakal bertemu bizz partner yang asyik cakap dalam telefon, chatiing tapi tak pernah jumpa pun!!
so excited tu lain macam sikit..hehe
Oh yang paling kagum dengan seorang partner jauh drive dari Penang, dengan anak-anak kecil, saya cakap jangan datang, xpe nanti Mun buat seminar dekat Penang, nak datang jugak.. nak sedut ilmu katanya.. Tak pe, berhabis duit untuk sekali ni je, Tak pe tak tido malam drive pun.
Doa saya untuk Marliza, agar dimurahkan rezeki selalu, dan berjaya dengan Business.
Betul, untuk dapat sesuatu yang besar kita perlu korbankan sesuatu yang kecil. Contoh, semalam tidur 2 jam je, itu bukan ALASAN. kalau kita tgk orang yang berjaya ada dia terus berjaya. Dia korbankan masa tidur.
Antara perkara kecil yang saya korbankan untuk berada di tahap sekaranag (Alhamdulillah, belum 100% tapi tetap syukur) :
~ Tak baca novel (sangat hantu novel tapi sekarang tak baca langsung sbb 2-3jam diperuntukkan untuk Business)
~ Jarang tengok tv.. dulu kalau ada CSI,Cerekarama,Lestary dan apa2 yang best memang terpacak tgk tv, sekarang ni rasa macam nk potong je ASTRO sebab jarang tengok..tapi tengok juga sikit2..hehe
Seminar bermula, dengan Kisah Master Farah yang berjaya menjadi Master dalam hanya 9 bulan je.. hehe.. tak sempat nk join sangat seminar ni sebab bf Adni..hehe..tapi yang penting, 'anak-anak' buah sangat seronok dan bersemangat lepas attend seminar ni. Moga rezeki mereka dan kami dimurahkan. Amin.
Ok ni antara 'anak2' yang hadir.. Semoga kita lebih berjaya nanti.. Dan rasa terharu lagi datang bila ada yang bawa hadiah.. Even kenal dalam alam maya je tau!
Semoga Faizah juga dimurahkan rezeki, dan sama2 berjaya dalam Business ni :)
Ok Sedikit Tips dalam Business ni:
Ok sekarang umur 25tahun, aim before 30:
1. Nak
2. Nak ada rumah sebiji
3. Hybrid car
4. Nak bagi Adni kawan.. heh!
Senang tulis dekat blog, nanti dah umur 30tahun boleh cari balik..
Oh masa seminar tu, kak farah kata jom kita tanya apa Munyati nak dari Shaklee, apa aku jawab?
"Saya nak bebaskan suami saya"
hahahaha..
InshaAllah dear! Soon! Soon!
p/s: Suamiku engineer yang ada bond, bukan James bond.
No comments:
Post a Comment