Sebenarnya semalam niat nak pergi Ipoh sebab nak re-stock Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee, sebab ramai pula yang berminat! Tengok-tengok kena dengan tarikh Sales di Ariani. Jadi, semangat nak menyelam sambil minum air!
Before cerita lebih lanjut tentang Sales di Ariani, meh nak cerita dulu tentang Nutriwhite yang sangat best dan ohsem ni! Serius tak tipu, cepat je habis. Restock je habis, dan rata-rata yang pakai tak pernah lagi kompen! Boleh tengok testimonial Nutriwhite DISINI.
Jadi kalau ada yang berminat, atau nak merisik-risik dulu boleh call no yang tertera tu ye, jangan segan silu.
Okay berbalik kepada cerita Ariani, dulu masa aku start kerja QS Basic gaji RM1700 (Alhamdulillah) So bila dapat tolak KWSP dan SOKSO (camni ke eja -lupa), tolak unpaid leave ke tinggal la bersih RM1500.
Dengan RM1500 tu tolak kereta, minyak, makan, asb tinggal la dalam RM300 untuk simpanan atau berjimba-jimba! Jadi? kena la berjimat cermat. Niat di hati selalu teringin nak try ARIANI, tapi kupendamkan sahaja. So no wonder la sekarang ramai gila orang buat Part Time kannn!
Jadi selepas setahun bersama Shaklee, Income alhamdulillah stabil tergedik-gedik la nak merasa tudung ARIANI. Seminggu aku study dulu dekat Instagram nak beli tudung mana supaya nanti tak terkempunan dan tak tersalah beli!
Nampak tak tu 50% diskaun, jadi kalau xbeli time sales ni kempunan cheq! Setelah diamati dengan teliti dan melalui saringan dan mendapat kelulusan dari 'boss' aku dah terbekenan 3 jenis tudung Ariani! Kenapa 3 ni jadi pilihan, sebab tak singkat sangat, simple dan senang pakai!
Cantik kan, tapi Wardina pakai memang la cantik, sebab orangya dah tersangat cantik kan.. Yap, memang sukaaaaaaaaaa sangaatt.. hari first pergi untung sebab orang tak ramai sangat, stok pun banyak, tak perlu beratur panjang, ambil terus bayar dan dapat GOLD CARD! Suka2!
Setakat ni pakai memang puas hati, cantik, terletak je.. yang penting Simple, aku tak suka berlapis-lapis sebab abang aku cakap macam singa, aku xsuka ada brooch bagai sebab cikgu sekolah aku ngajar kata macam Ultraman! heee.. (Jangan kecik hati - cantik kan subjektif)
Okay tu je cerita Arini untuk hari ni, sekarang macam-macam jenis Tudung dan brand di pasaran. Ramai yang cakap membazir la apa la. Kadang-kadang aku rasa nak reward diri atas kerja keras sendiri apa salahnya kan. Setiap orang ada pandangan masing-masing!
:)
No comments:
Post a Comment