Saturday, 18 January 2014

Bercuti di Sarawak Bumi Kenyalang

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila kerja terlampau banyak, dan terasa nak 'reward' diri aku memang memilih untuk pergi bercuti. Asalnya plan nak pergi ke Vietnam, tapi memandangkan masa yang suntuk kami pilih nak ke Sarawak. Bercuti di Sarawak Bumi Kenyalang! Untuk langkah jimat dan dalam masa yang sama nak kembangkan organisasi business, kami pilih untuk adakan seminar satu hari ketika kami di Sarawak bumi Kenyalang!



Yang masih tercari-cari kat mana nak parking murah di LCCT, kami parking dekat sana dengan harga RM16/sehari so agak berbaloi compare nak naik teksi/limo dari rumah ke LCCT iye tak! Pukul 4 pagi dah bertolak ke LCCT!

Kami agak beruntung sebab 'business partner' kami memang dah jadualkan semua perjalanan kami di Sarawak. Ok, jom kita tengok kemana kami sepanjang di Sarawak. Mana tau korang-korang nak pergi Sarawak juga kan! Kami menginap di Habour View Hotel. Kenapa Habour View? Sebab hotel ni strategik, kalau korang nak jalan-jalan dekat waterfront senang. Ada apa dengan Waterfront ni?? ada orang jual-jual keychain, ada orang nyanyi-nyanyi, ambil angin tepi sungai kononnya. Teksi pun senang nak dapat sebab memang sentiasa ada teksi depan hotel ni. Dan kedai-kedai souvenir dan kek batik berderet je dekat Waterfront ni so sangat strategik! Apa yang tak best dan agak mengecewakan, toilet hotel ni memang tak ada paip! ala-ala omputih! Management dia macam kureng! Yang ni sangat kecewa, sebab aku call book untuk 3 hari dan dia tak tanya pun aku government servant atau tak. Tapi bila pergi sana aku tanya ada breakfast tak? (Sebab situ ada 1 je kedai melayu) dia cakap awak bukan government so tak ada breakfast, then aku cakap husband governement, dia mintak aku sertakan surat bukti dan segala-galanya. Hanya untuk breakfast! dan yang tak bestnya bila hari aku nk check out ada orang lain masuk dan dia just cakap ya government wah terus ada breakfast.. *lagi ini tidak adil berkumandang*

Gambar sekitar Waterfront di Sarawak Bumi Kenyalang





Malam kami sampai disini, Imah (biz partner Sarawak) bawa kami ke Mama's Grill untuk dinner, kat sini kami try makan Nasi Goreng Aruk Sarawak! boleh tahan sedap. Sepanjang kami kat Sarawak orang selalu order Three Tea Layer perisa Pandan! Sedap! Lepastu kami ke Mira Cakes House untuk beli kek lapis! Sedikit tips, nak beli kek lapis beli masa last-last sebab takut tak tahan. Aku beli masa first day kat sana, nak masuk peti ais hotel tak muat, so sampai je Semenanjung ada yang dah berbau sikit. *sedih*


Nasi Goreng Aruk Sarawak!


Abah tengah pilih kek lapis, teruja sebab ada perasa 'Harimau Malaya' 'Neelofa' dan lain-lain. :P

Hari kedua kami disini, sepanjang hari kami berseminar! Belajar teknik closing, pelan pemasaran, strategi dan banyak lagi. Yang menariknya kami semua kenal melalui internet je, tapi Alhamdulillah kami semua okay je :)



Malamnya kami ke Kubah Ria. Kubah Ria ni lebih kurang macam pasar malam, dekat sini kami cari ikan terubuk. Kalau dan bercuti ke Sarawak tu memang tak lengkap la kalau tak memborong ikan terubuk kan! Dekat sini tak sempat nak ambil gambar sebab punya cari kasut Adni, sebab kasut dia hilang. :P

Keesokan harinya kami ke Serikin! Memang Best! Serikin ni ramai betul orang, diorang cakap Serikin ni sempadan dengan Indonesia, so barang-barang dia memang murah! Contoh blouse yang aku beli dekat sini RM45 aku boleh dapat RM20 je dekat sana! Menarik tak? Lagi yang murah dan best telekung, Kain pasang, Table runner dan baju-baju. Yang syoknya kat sini ibu-ibu memang seronok berjalan tak hengat, tapi bapak-bapak keletihan. Serius aku sangat-sangat teruja! Tips untuk yang bawak anak, tolong bawak Stroller, kipas untuk anak, Adni dah macam mandi dalam stroller pun hado! Oh rindu Serikin! Meh tengok sikit apa yang aku beli dekat Serikin!







Adni buat muka comel pakai telekung. Telekung budak terbeli dua sebab excited. Bantal donut tu aku tengok dekat semenanjung RM50 haritu (sebab dia jenis lembut) tapi aku beli RM25 :) Orang tu kata bulu angsa, ntah dia tipu ke betul.

Oh kami tak sempat ke Kampung Budaya, sebab dah rasa tak larat sangat. Dan yang penting sila beli kasut yang bersesuaian. Aku dekat Sarawak je terbeli 4 pasang kasut sebab banyak berjalan dan kaki melecet. Last sekali kasut plastik menjadi pojaan hatiku!


tak lengkap entry Bercuti di Sarawak Bumi Kenyalang tanpa tunjuk makanan yang best selain Nasi goreng Aruk sarawak. Korang-korang kena makan Laksa Sarawak, Mee Kolok & 3 Tea Layer bila sampai sini ye!




Ok sebelum korang-korang pergi bercuti dekat oversea jauh tu, jom la kita cuti-cuti Malaysia di Sarawak! Best! Serius Best pergi Sarawak!

No comments:

Post a Comment