Wednesday, 23 July 2014

Kek Coklat Simple Tapi Sedap

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk penghujung Ramadhan, Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan. Oh, tak lupa juga ulang tahun perkahwinan yang ke 3! Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tak berapa sedar, nasib baik ada Facebook yang tolong remind! So, nak buat kelainan sikit di hari ulang tahun perkahwinan ni, nak buat kek apa ya? Bulan puasa ni malas la nak berkecah-kecah kat dapur, so kita buat kek sesimple yang boleh! Kek Coklat Simple Tapi Sedap !


Ok, nasib baik aku ada beli kek yang coklat yang dah siap dekat TF minggu lepas, so dah datang idea! Yehaa.. Yeha.. Jenguk-jenguk sikit dalam peti ais ada Whipping Cream, Cream Cheese! Hurmmm macam best je kan kalau buat ala-ala tiramisu. Tumpang bahan-bahan untuk Nutella cookies ada, boleh combine sekali. So apa yang aku ada sekarang?

Kek Coklat (ready made), Whipping Cream, Cream Cheese, Nutella, Serbuk Koko, Magerin, Susu Pekat, Coklat Cip & Badam!


Jadi, kita teruskan operasi membuat Kek Coklat Simple Tapi Sedap . Mula-mula aku potong kek ni berlapis (3 lapis je), then sapu nutella atas dia.


Dalam bekas lain, putar whipping cream & Cream Cheese bagi kental, sapu atas nutella tu. Ulang proses yang sama. 

Kemudian, buat topping coklat, aku masukkan susu pekat, serbuk koko dan magerin untuk toppingnya!


So jadi la macam ni, kan sesuai untuk kami 3 beranak, sikit je.. nak beli tak mampu nak habiskan :) Cukup la tu untuk sambut ulang tahun perkahwinan. :)

Lastly, tabur la coklat cip dan badam yang dibakar. 


Bagi aku tak perlu nak sambut meriah, asal kita ingat tarikh tu pun dah cukup. Dan ada pandangan orang ala tak perlu ingat-ingat tarikh bagai. Tapi bagi aku masa ni la kita nak feeling manis-manis pun! 

A successful married life requires falling in love many times, but always with the same person ♥

Oh, yang bestnya Tahun ni kitaorg tebus Satu pasang jam casio dari Maybank! Macam mana nak tebus? Selalu la check point korang (yang guna Debit Card tu). Nasib baik aku selalu beli SHAKLEE tu yang ada chance nak dapat Reward dari Maybank tuh!

ok bye! Adni dah nangis!



1 comment: