Monday, 12 December 2011

Skirt Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

nak update skirt baru & kalo berminat boleh email, atau komen :)
fresh from UK :)











BOOKED




BOOKED


BOOKED


BOOKED










Ni untuk rujukan saiz :)

UK Size 8:
Bust: 32 inches (82cm)
Waist: 25 - 26 inches (64.9cm)
Hips: 34 - 35 inches (86.5 cm)

UK Size 10:
Bust: 34-35 inches
Waist: 27-28 inches
Hips: 36-37 inches

UK Size 12:
Bust: 36-37 inches
Waist: 29-30 inches
Hips: 38-39 inches

email: munyatinur@yahoo.com

Wednesday, 30 November 2011

Trip to Westonbirt The National Aboretum

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Minggu lepas aku ikut trip ke Westonbirt The National Aboretum.. Ada 16,000 pokok  (3,000 berbeza jenis specimen) datang dari Britain, China, North America, Japan, Chile dan banyak lagi. Luas gila sebenarnya tempat ni sampai lenguh-lenguh kami.. Sampai sahaja kami kat situ, cuaca sangat sejuk hanya 6 darjah celcius!! Cuaca diramalkan hujan, tapi alhamdulillah tak hujan pun :))

Sebenarnya kami semua excited sebab kawasan ni cantik dan pokok-pokok semua warna-warni sepatutnya. Tapi disebabkan kami pergi pun dah penghujung autumn, so xdak la warna-warni sebab kebanyakan daun dah luruh :(

Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk explore tempat ni!! cantik juga walaupun tak meriah sangat kalernya :(










bila aku google tengok dan tengok website WESTONBIRT THE NATIONAL ABORETUM ni (xreti nak sebut lagi) rupanya cenggini bila dia kaler-kaler ha..






tak dapat nak tengok daun kaler-kaler cenggini, tapi ada satu saja pokok yang masih survive kaler merah camni, kami semua excited la.. tapi satu ja la pon...

tapi tak apa, tetap boleh ber 'autumn in my heart' atau 'mohabbatein' guling-guling kat sini..

Tuesday, 29 November 2011

Kisah Wanita

    بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Jom jenguk blog KISAH WANITA :)

ada cerpen, cerita tentang perkahwinan, tips, resepi dan banyak lagi seribu satu tentang WANITA :)

Tuesday, 22 November 2011

Aturan Allah itu sangat cantik dan sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم


Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hampir 5 bulan usia perkahwinan kami, lumrah hidup bila belum berkahwin orang akan bertanya bila hendak berkahwin, bila sudah berkahwin mestilah soalan ‘famous’ bila akan mendapat cahaya mata? Ya, mungkin ada yang berangapan 5 bulan terlalu awal untuk memikirkan tentang cahaya mata. Tetapi kami juga seperti pasangan-pasangan lain yang memang mendambakan cahaya mata. Dikalangan rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga, boleh dikatakan saya seorang sahaja yang belum dikurniakan rezeki untuk mengandung. Ya, sungguh kadang-kadang perasaan cemburu itu menghasut diri saya. Bila ada juga rakan yang lagi lambat mendirikan rumah tangga dari saya sudah berada di fasa mengandung, hati saya menjadi lagi sayu dan sebak. Kita wanita, mulalah berfikiran yang negatif dan wanita sangat tidak boleh lari dengan air mata.
InsyaAllah selepas maghrib, selalunya saya dan suami akan membaca Al-Quran bersama, dan kebetulan surah Al-Baqarah menjadi pilihan kami. Ada satu ayat yang menarik minat saya untuk saya kongsikan.
” ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2:216)
Saya dan suami sangat menginginkan cahaya mata pada waktu ini, mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami. Jika difikirkan kembali, saya dan suami kini jauh di perantauan, jauh dari kaum keluarga, mungkin belum waktu yang sesuai untuk saya mengandung. Pada bulan Mac tahun hadapan, saya dan suami juga terpaksa berpisah untuk seketika kerana saya akan pulang ke tanah air sendirian, mungkin Allah tidak mahu saya mengandung dalam keadaan saya keseorangan di tanah air. Mungkin juga Allah mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan saya menerima ujianNya. Semua itu kemungkinan tetapi saya perlu memujuk hati saya dan saya juga percaya yang Aturan Allah itu sangat cantik dan sempurna.Tetapi, saya dan suami tidak akan berhenti berusaha, dan tidak akan berhenti berputus asa.
“…Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir.” ( Yusuf, 12:87)
Kisah ini saya kongsikan untuk anda untuk kita sama-sama yakin dan percaya, Aturan Allah itu sangat cantik dan sempurna. InsyaAllah.

Tuesday, 15 November 2011

Skirt Labuh cantik :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

entry kali ni nak tunjuk skirt-skirt labuh yang beli dekat charity shop dekat UK sini.
Disebabkan ramai yang tanya dan yang nak beli,
jadi jomlah kita jamu mata sekejap :)
Skirt ni labuh, dan yang penting tak jarang dan tak nipis.
Semua barang/baju/skirt dekat charity shop ni masih in a good condition, walaupun 2nd hand!!
Serius tak rasa macam second hand pon :)


BOOKED



BOOKED

BOOKED





kalo ada yang berkenan, jangan malu dan segan nak cakap..
dan kalo ada request colour atau jenis kain silakan :)

Ni untuk rujukan saiz :)

UK Size 8:
Bust: 32 inches (82cm)
Waist: 25 - 26 inches (64.9cm)
Hips: 34 - 35 inches (86.5 cm)

UK Size 10:
Bust: 34-35 inches
Waist: 27-28 inches
Hips: 36-37 inches

UK Size 12:
Bust: 36-37 inches
Waist: 29-30 inches
Hips: 38-39 inches

email: munyatinur@yahoo.com

gambar konon ayu ber skirt!