Friday 24 June 2011

Berurusan dengan Pejabat Agama

Assalamualaikum,

Tarikh kahwin dah decide,
kad dah edar,
tapi satu borang pun belum setel dengan pejabat agama,
yang sebetulnya kena submit sebulan sebelum tarikh nikah,
sempat ker??? *stress*

Alhamdulillah,
sempat juga akhirnya,
kelam kabut dalam masa 2 minggu je semua beres,
sampai je dia dkt bumi Malaysia ni,
macam lipas kudung semua nak kena buat,
ujian HIV la, kursus kahwin la,
itulah....inilah..
nasib baik dia ni cool,
kalau aku yg jenis kelam kabut ni dekat tempat dia,
mau tenson dan naik broga hill sambil jerit kuat2!!

ok kawan2 yg nak berkahwin tu,
meh sikit nak bebel apa yg perlu korang buat,

1. KURSUS KAHWIN

pergi je kursus kahwin ni, walaupun belum ada cahaya nak kahwin lagi, korang pergilah dulu,
nanti bila dah tetiba terasa nak kahwin, pastu dah korang asyik busy bilanya nak buat! dah la 2 hari pack macam tin sardin pulak!! haaa, lg satu senang cita kalo korang pergi dengan kawan2 sejantina ni, ada juga teman nak berdiskus dalam dewan tu nanti, xpayah suwit2 la nak g bersama, kang bukan bleh duduk bersama pon! =)

2. AMBIL BORANG NIKAH

bagi si perempuan2, sila ambil borang nikah anda di umah tok imam qariah masing2, nanti tok iman tu akan terangkan nak isi camna, pastu kena cari 2 org saksi borang, apa yg kena buat?? potostat ic wali, ic sendiri, ic saksi2 korang dan kena ada keputusan HIV TEST pastu bawak balik borang tu dekat tok imam, dia akan sign!
bagi si lelaki plak, kena ada surat sahkan yg korang ni bujang (mintak dkt ketua kampung kot) 

3. HIV TEST

hiv test ni valid 3 bulan aja, so 3 bulan sebelum kawen tu korang g la klinik kesihatan untuk ambil test ni. dia cucuk sket ja, macam kena gigit semut tu, then trus dapat result!! yehaaa -ve!!

4. KE PEJABAT AGAMA

bagi lelaki, lepas dapat je surat yg sahkan diorang tu bujang, diorang pergi la pejabat agama, bawak la hiv test, sijil kursus kawen, ic semua tu, pastu ada la interbiu sket2.. bakal suami aku kena byk soalan, soalan dia soalan basic saja, lafaz niat, rukun iman, rukun islam, mengucap dll, tapi bila dah pressure KETAQ macam jawab exam, macam2 leh jadi!!

bg yang perempuan pulak, korang kena kepilkan semua borang2 dari si lelaki tu & isi dgn lengkapnya borang korang, pastu leh la g pejabat agama! ye, jgn pakai jeans yer, pakai baju kurung. dekat sana nanti korang akan baca ikrar dalam tulisan jawi, dan tgk nasib la pegawai tu nak tanya banyak ke x.. muka nak konfiden jer baru dia xty banyak =P

dah selesai yg tu semua dia akan bagi resit suruh kita datang nanti untuk ambil surat kebenaran nikah :)
Selesai semuanya :)









Sebulan lagi, doakan kami :)

4 comments:

  1. aku pulak yg x sabar! byknya step!!

    ReplyDelete
  2. dapatlah berbuka puasa & beraya dengan en suami.. bestnye... tahniah.

    ReplyDelete
  3. amalina - btol, renyah sket la.. huhuh..

    ana - hihi, ye bleh berbuka puasa sama2 nanti, insyaAllah :)) thanks!

    ReplyDelete
  4. oh byk nye keje kena buat..kena kahwen time free nanti la hehehe

    ReplyDelete