Sunday 29 June 2014

Pengalaman pakai braces

بسم الله الرحمن الرحيم

Braces! Pendakap gigi. Harini niak cerita pengalaman aku pakai braces. Sebenarnya baru 5 bulan pakai.. hehe.. tapi teruja nak share sebab dah nampak perbezaannya! Cepat kan. Orang kata kalau nak cepat kena rajin2 pergi follow up. Doktor yang aku pergi ni katanya mungkin dalam setahun aku dah boleh buka braces ni. Excitednya nak buang oiii!

Ni selepas 4 bulan pakai braces. Yang anak panah ni menunjukkan gigi yang dicabut. 3 batang gigi kena cabut tau. Ko rasa? sakit ke idakk...


Pengalaman pakai braces ni. Hmmm.. hari pertama sampai hari kedua memang aku xmakan langsung benda keras. Sebab, sakitnya gigi 3 batang yang kena cabut tu, ngilunya gigi, tak selesanya gusi dan macam2 perasaan ada sampaikan aku call doktor tu nak buang balik boleh? Doktor tu kata kalau aku buang balik aku la patient pertama dia yang surrender tak sampai seminggu ko!

Sakit. Ada beberapa kategori sakit sebenarnya!

1. Sakit bila gigi dicabut (sesetengah orang gigi tak perlu cabut)
2. Sakit lebih kurang sehari dua bila kita pergi follow up (sebab dia ketatkan so rasa ngilu sikit2 je - tapi bila dan sebulan dua tak rasa apa, jadi normal dah)
3. Sakit bila ada ulser yang wujud. (KLIK SINI UNTUK ELAKKAN ULSER)

Kenapa ada ulser? bila besi ada dalam mulut berlaga dengan dinding-dinding mulut, ditambah lagi dengan kau yang malas nak minum air, memang senang la ulser nak ada..

Kenapa aku pakai braces?

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, gigi taring tu macam mendongok sikit, so bila Adni tonyoh sikit je muka aku mesti nak berdarah. Satu lagi senyum memang xkonfiden langsung la. kihkih..



Ni gambar before pakai braces dan selepas pakai. Oh sebelum ni memang dentist dekat Uitm dah minta aku pakai braces sebab katanya gigi aku xberada di landasan yang betul. Dan memang kadang-kadang dia berdarah sendiri maybe diorang bergaduh tempat kot (ni imaginasi aku ja)

okay, bagi yang nak pakai braces tu ada la tips sket!

1. Survey Klinik betul-betul. Aku buat dekat Ipoh.
2. Nanti kena bawa mineral botol sokmo. Kang bila makan terlekat itu ini.
3. Mulut memang akan cepat berbau so kena rajin gosok gigi, berkumur, aku bawak chewing gum sokmo.

Nanti-nantila aku bagi lagi tips, dah tak tau nak cerita apa.. eheeee

:)

Updated:

Yeay Alhamdulillah dah buka braces. 

9 comments:

  1. slm..saya nak tanya,semasa hari pertama akak memakai braces,adakah doktor mencabut 3 batang gigi akak sekali gus pada hari pertama akak memakai braces tersebut??atau secara selang-seli seperti minggu ni gigi akak 1 btg dicabut di ikuti minggu yg seterusnya sampai lah cukup ketiga-tiga batang gigi dicabut,adakah seperti ini?? saya teringin nak pakai braces tapi takut..gigi saya 2 batang tindan..mohan balas komen..thankyou..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat, saya minta nak cabut dan pasang serentak sbb rumah dan klinik jauh. Tapi dinasihatkan cabut dulu seminggu kemudian baru pasang. :)

      Delete
  2. Salam sis, sis buat kat ipoh kat klinik mana ek? Kos rawatan berapa? Gigi saya pon hampir 98% macam gigi sis. Baca kena cabut 3 plak. Seram nih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik Dr Fadzli, ada di meru dan fair park :)

      Delete
  3. Salam sis ,berapa ye kos sis pakai braces ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. private Rm4 - RM5k rasa, boleh survey. Kalau government Rm500 ja.. tapi berbaris dari darjah 6 sampai sekarang tak panggil lagi.. hihii

      Delete
  4. Kes awk kena pakai molar bands tak? Ring yg pakai kt geraham gigi tu. Sy punya kes doktor fadzli kata tak payah pakai.. Pelik je, sbb sllu tgok org kena pakai dan itu yg paling sakit sbnarnya kan

    ReplyDelete
  5. Kes awk kena pakai molar bands tak? Ring yg pakai kt geraham gigi tu. Sy punya kes doktor fadzli kata tak payah pakai.. Pelik je, sbb sllu tgok org kena pakai dan itu yg paling sakit sbnarnya kan

    ReplyDelete
  6. Taring tu tak buang eh kak?

    ReplyDelete