Thursday, 16 May 2013

Menyusu Penuh


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sejak mengandung lagi aku memang dah bertekad nak menyusu anak penuh 2 tahun, ekslusif breastfeed kata omputihnyaa..

Kita sendiri pun tahu kan banyak sangat kebaikan menyusu, lagipun dalam Islam sendiri digalakkan untuk menyusu sehingga 2 tahun.

Antara kelebihan susu ibu ni antaranya:


Tengok kan, tapi Alhamdulillah, bab antibodi tu memang kuat, sampai 8 bulan baru demam, dan sehari ja demam!

Tapi kan, memang banyak dugaan juga untuk aku menyusu penuh, ya tambah2 kalau ibu2 yang bekerja. Contoh masa aku jadi cikgu kejap tu, pukul 5 dah bangun untuk pump susu pagi2, walaupun sekolah 5 minit je dari rumah..

Pulak, punya sibuk dekat sekolah sampai tak sempat nak pump, pukul 4 balik rumah baru sempat! huhu
Dan sangat kesian dengan kawan2 yang ada keinginan nak menyusu penuh then pengasuh pulak terasa leceh nk cairkan susu la, dan last2 pengasuh pula pandai nak suruh guna susu formula. Nasib baik pengasuh adni memang orang yang pentingkan susu ibu. Lega sikit :)

Antara tips untuk menjayakan Penyusuan ialah:

1. Kuatkan azam! Berdoa. Banyak doa2 untuk banyakkan susu, Surah Hujurat juga aku amalkan semasa mengandung, untuk banyakkan susu.

2. Nursing blouse, untuk korang2 yang segan2 nak menyusu, nursing blouse memang penting!



Tips banyakkan susu?

1. Arwah mak mentua aku selalu suggest aku makan lobak putih, buat sayur air je.. Try la, inshaAllah menjadi.

2. Sayur sawi pun ok.

3. Power pumping and no stress

4. Supplemen!

Aku memang pengguna supplemen Shaklee, so memang aku ambil vitamin penyusuan ni. Nak detail Klik SINI.

Ada yang kata, xada effect pon! Habiskan duit atau bla..blaa.. Tapi tanya diri sendiri, wajar atau tak untuk ambil suplemen!

Checklist dibawah adalah KENAPA aku rasa Suplemen Wajar untuk aku!
✔ Adakah anda minum 3 gelas susu rendah lemak setiap hari?

✔ Adakah anda makan serat (fiber) setiap hari?

✔ Adakah anda makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu?

✔ Adakah anda makan 4 hidangan sayuran hijau setiap hari?

✔ Adakah anda makan 2 hidangan buah-buahan setiap hari?

✔ Adakah anda mengawal pengambilan makanan yang manis dan berlemak?

✔ Adakah anda mengekalkan berat badan yang ideal tanpa berdiet?

Jika jawapan anda TIDAK pada mana-mana soalan diatas, anda berpotensi mengalami kekurangan Vitamin!


Tepuk dada, tanya hati :)

Berminat nak berbincang/diskus atau order Suplemen Shaklee dengan harga BEST price!
 ✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA


Saya pengguna tegar, jadi sedikit sebanyak dapat membantu korang2!

Anda berminat? Sila SMS/TEXT/Whatsapp ke nombor ☛013-6292754☚

PM —> https://www.facebook.com/messages/UmmiAdni



Sunday, 21 April 2013

Bekerja dari rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Quantity Surveyor, rasanya dah macam-macam pernah dibebelkan pasal QS ni, and kejap je rasa aku dah pencen dalam dunia QS, sejak kawin berhenti and ikut husband ke UK, then pregnant, balik Malaysia lahirkan Adni, kemudian terus suami dapat kerja nun dalam Felda yang memang tak wujud firm QS dan aku terpaksa PENCEN dengan erti kata perlukan sedikit pengorbanan untuk lupakan semua hal QS :(
sob..sob..


Ok, goodbye la sangat kau! Eh kenapa tak kerje je, hujung minggu balik la, kan ramai macam tu? Erk.. kami suami isteri-bukan hujung minggu! Kesian anak kami, jap lagi tak kenal ayah :D

Disebabkan aku goyang kaki, tak goyang sangat tapi suri rumah yang konon-konon zaman moden asyik mengadap laptop, jadi kenapa aku tak buat je business online kan, pada ko membuang masa depan laptop kan! Jadi mr husband pon tanya, nak buat business apa? cepat dalam masa 2 minggu fikir, sebab dia nak pg kursus so aku kena fikir dalam 2 minggu nak buat business apa? Business apa?

ok jom senaraikan:
1. Tudung/Shawl
2. Baju nursing (sbb masa ni gila pakai nursing blouse)
3. Baju kurung/kain pasang
4. Ipad islamik

lepas difikir-fikir kembali 4 benda diatas, aku dah pernah jual last2 stok tak habis aku korbankan separuh harga dekat students (aku sempat jadi guru sementara -2 buln, then stop nk berbusiness katanya)

Okay! cepat la nak berbusiness apa ni?? Sementara aku dok fikir nak business apa, aku order lagi Shaklee Slim set, kiranya aku ni setia betul dengan Shaklee. Tiba-tiba berdegup kencang rasa macam oiiii pada kau habis duit kau dekat Shaklee, baik kau jual saja oi! 
Tapi, tapi aku tk suka MLM, nak cari downline lagi, nak keluar rumah lagi, nak kena pakai cantik2 yakinkan orang! Adeh! 

Dengan perasaan excited tapi segan2 aku msg akak yang aku beli barang tu menyatakan kesudian aku untuk berbisness la kononnya! Sebelum aku join 3 minggu aku search hari2 pasal Shaklee kau, belajar pasal produk, nutrisi, buat blog dan macam2 lagi, sebelum aku TEKAD nk join!

"Akak, saya nk join, tapi saya tak nak keluar rumah, leas tu Post office jauh la akak"

Ko tengok perangai, nak berbusiness tapi banyak pula songehnya!

Eh, tak perlu la nak keluar rumah, kita buat ONLINE je

Habis saya tgk banyak seminar la, group discussion la

Yang tu kadang2 dan jarang2, kita banyak discuss online, bg motivasi dan strategi pun online :)

Ok, set jom pg Shaklee Mr Husband, petang ni juga! Kita daftar!


ok, dah daftar!! Dengan semangat kental menjual dan pernah menggunakan pelbagai produk dari mengandung,menyusu sampai kekonon nk slim, aku berjaya dapat bonus RM100+ bulan pertama, hek! Kejayaan la tu bulan pertama, tu pon yang beli kawan2 maybe diorang kesian kottt aku asyik promote je.. hehe

Tapi!! dalam 3 bulan kami join tanpa downline, eh ada sorang je kawan aku, tu sbb dia nk beli barang, kami dah dapat Title Supervisor!


Alhamdulillah, tq mr husband yg supportive gitu!

Work From Home:



Saya mencari rakan niaga yang berminat menjalankan bisnes online secara part time atau fulltime. Pendapatan 3-4 angka dari rumah, Produk Shaklee yang sedang mendapat permintaan ramai.. Apa kelebihan anda mendaftar dengan saya?

1) Anda akan mendapat satu tools perniagaan PERCUMA. PM saya utk mengetahui tools ini ya
2) Anda akan diberi access ke fb tertutup bisnes saya, dimana hanya rakan bisnes saya shj dapat access group ini untuk perbincangan tentang produk,marketing dan meeting online
3) Bimbingan marketing, blog dan bisnes secara berterusan
4) Sepenuhnya dijalankan secara online, order stock online, hantar barang customer juga online. Meeting sesama rakan bisnes juga online.
5) Tak perlu simpan stok, boleh DROPSHIP!

Jika anda celik Fb, dan celik IT.. Mahukan pendapatan tambahan atau perubahan dalam hidup anda.. daftar hari ini juga.. yuran keahlian hanya RM 75 shj! Tak perlu tinggalkan anak anda, anda boleh jana income hanya dari rumah..

Contact saya:
sms/whatsapp/call: 013-6292754





Thursday, 18 April 2013

Kembali Berblog

بسم الله الرحمن الرحيم

Wah, dah setahun lebih meninggalkan blog ni.. Lepas balik dari UK, memang xpernah nk post apa-apa sebab tgh sibuk memboyot!

Alhamdulillah, Adni Humaira bt Mohd Noor Hishamuddin, lahir jam 10.20mlm pada 15 September 2011. Memang keluar je labour room terus cakap dekat Mak, mak hebatnya mak lahirkan kami 5 orang!
:')

Ni gambar Adni fresh, baru beberapa jam keluar dari perut:




By the way, Adni adalah nama Syurga!

Sekarang Adni dah 7 bulan pun, heheee.. baru sekarang nak update kan! Jom tengok Adni 7 bulan!


Ramai yang cakap muka adni memang ikut mak nyee.. heheee.. Sekarang kami dah bertiga! Alhamdulillah happy sangat :)


Kenapa lama tak update!
Sebab sekarang ada blog baru nak kena jaga.. heee www.UmmiAdni.com

Akan update lagi nanti! InshaAllah :)



Monday, 12 December 2011

Skirt Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

nak update skirt baru & kalo berminat boleh email, atau komen :)
fresh from UK :)











BOOKED




BOOKED


BOOKED


BOOKED










Ni untuk rujukan saiz :)

UK Size 8:
Bust: 32 inches (82cm)
Waist: 25 - 26 inches (64.9cm)
Hips: 34 - 35 inches (86.5 cm)

UK Size 10:
Bust: 34-35 inches
Waist: 27-28 inches
Hips: 36-37 inches

UK Size 12:
Bust: 36-37 inches
Waist: 29-30 inches
Hips: 38-39 inches

email: munyatinur@yahoo.com

Wednesday, 30 November 2011

Trip to Westonbirt The National Aboretum

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Minggu lepas aku ikut trip ke Westonbirt The National Aboretum.. Ada 16,000 pokok  (3,000 berbeza jenis specimen) datang dari Britain, China, North America, Japan, Chile dan banyak lagi. Luas gila sebenarnya tempat ni sampai lenguh-lenguh kami.. Sampai sahaja kami kat situ, cuaca sangat sejuk hanya 6 darjah celcius!! Cuaca diramalkan hujan, tapi alhamdulillah tak hujan pun :))

Sebenarnya kami semua excited sebab kawasan ni cantik dan pokok-pokok semua warna-warni sepatutnya. Tapi disebabkan kami pergi pun dah penghujung autumn, so xdak la warna-warni sebab kebanyakan daun dah luruh :(

Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk explore tempat ni!! cantik juga walaupun tak meriah sangat kalernya :(










bila aku google tengok dan tengok website WESTONBIRT THE NATIONAL ABORETUM ni (xreti nak sebut lagi) rupanya cenggini bila dia kaler-kaler ha..






tak dapat nak tengok daun kaler-kaler cenggini, tapi ada satu saja pokok yang masih survive kaler merah camni, kami semua excited la.. tapi satu ja la pon...

tapi tak apa, tetap boleh ber 'autumn in my heart' atau 'mohabbatein' guling-guling kat sini..