Bahagianya bila mak bahagia! Dulu masa awal-awal dapat kereta kancil (masa sem brapa ntah dekat Uitm) Mak ada cakap, mak teringin nak p IKEA. Tapi masa tu mana la nak ada Waze ka, garmin ka, so tak dapat bawak mak p ikea. Bila dah buat business Shaklee, target dalam hati, kalau ada rezeki lebih nak bawak mak mai Ikea.. Alhamdulillah hajat mak tercapai! Yeay!
Selain Ikea, kat mana lagi tempat shopping best kat KL ni, so fikir punya fikir, aku pun dah rasa bosan nak bawak pi Jalan Tar, so terfikir nak bawak Mak pergi GM Plaza dekat KL. Dengar orang cerita best sangat, Pusat borong terkenal tu! Dekat Lorong Haji Taib! Aku pun first time jejak kaki kat situ! First impression sampai ja kat situ..wah.. mak macam dekat Thailand la! Teruja cheq nak menyoping! Oh, sapa nak pi sana, sila bangun awal, baru dapat parking :)
Ok, memang Best sangat Plaza GM ni, memang rasa nak p sana lagi! Ni apa yang ada dalam Plaza GM tu:
Sangat murah kalau kita beli banyak2.. Memang sesuai untuk anda-anda peniaga online! Aish nasib baik dah jatuh cinta dengan business Shaklee, kalau tak confirm ku rembat bawak balik nak jual! Tak boleh2! Fokus itu penting ya kawan2!
Antara apa yang ada dekat Plaza GM Kuala Lumpur!
Lepas bershopping sakan dekat Plaza GM, kami ke Low yat cari laptop untuk encik suamiku! :P
Oh Adni, sebab Adni kurang sihat, jadi ummi terpaksa meminimakan perjalanan umi untuk membeli belah. Biar mak tok ja yang sakan ya!
Alhamdulillah! hajat mak nak pi Ikea terlaksana! Muka Pn Hajjah Asmawati begitu gembira menolak troli Ikea!
Seronok buat Business Shaklee! Ada rezeki lebih boleh bawak family jalan-jalan lagi dengan Bonus Shaklee!
Khas buat 'anak-anak' Shaklee ku, untuk bulan ini siapa yang 'perform' akan ku hadiahkan beg Gucci ni! Cantik tak!!
Assalamualaikum, Hari ini terpanggil untuk bercerita tentang stroller, sebab aku sebagai ibu faham perasaan ibu-ibu dekat luar sana tu sama ada nak laburkan tak sedikit, eh bukan sedikit untuk beli stroller yang agak..erm..erm...mahal juga harganya. Stroller pilihan Babyzen Yoyo Stroller!
Ok, sebelum melahirkan Adni, aku memang tak trfikir langsung nak beli stroller, eh sebenarnya aku dah beli stroller dekat UK, tapi xmuat nak bawak balik..sedihnya :( Babai stroller! beli pun dekat carboot je, tak silap aku dalam 5pound kot harganya.. memang stroller tu elok lagi walaupun second hand.. jenama Mc Laren kot, xsilap! Ke Mc apa ntah.. xsure la..
Selepas Adni lahir, tok wan Adni pun hadiahkan Adni stroller. Macam baisa stroller tu agak berat dan ambil sedikit space. Sebenarnya aku memang tak nampak kepentingan stroller, disebabkan aku fikir baik dukung je Adni, dan kalau nak ke pasaraya masukkan je dalam troli.
Selepas aku mula berjinak-jinak dalam dunia business Shaklee, dan mula start ke seminar, personal coaching dan sebgainya, baru aku nampak kepentingan untuk ada stroller yang ringan, senang nak bawak dan tahan lasak. Bila aku masuk je seminar, kebanyakan ibu-ibu memang bawak stroller dan bagi je anak tidur dalam stroller. Yang aku kemain rajin pangku je Adni. Kalau 5 jam seminar, laratnya aku 5 jam pangku Adni! Dan ganti-ganti dengan abah laa!
Kebetulan pulak, suami aku sekarang kerap pula outstation dan asyik berulang KL, Kuantan sebulan ada dua -tiga kali jadi kami memang selalu sangat keluar dan mesti kena ganti-ganti nak dukung Adni yang 7kg ni. nampak ringan tapi mau kebas juga tangan.
Perkenalan dengan Babyzen Yoyo Stroller
Aku berkenan dengan stroller dia bila tengok fynn jamal guna untuk Juna, Macam senang je, macam best je kan..dan tengok review mak-mak dekat internet pun ramai yang suka dengan Babyzen Yoyo ni!
Kali ini ikut suami aku outstation lagi di KL, dan kitaorang stay di Grand Season Hotel. Disebabkan hotel dia luas, then nak kalau park kereta nak guna lift lain, nak naik bilik lift lain dan sepanjang jalan mesti pass-pass dukung Adni sambil sandang handbag, beg baju dan berceretek beg lain..ohoooooo..3 hari kot, mestilah banyak beg kan!
Pagi-pagi tu aku turun la breakfast, tetiba pulak si Adni ni tidur, selalunya pantang orang jalan je dah bangun ni kita kejutkan pun still nak tido..so staff dekat cafe tu tanya la aku ada stroller tak, aku dengan muka blur-blur cakap xde, aku tengok la yang ada anak semua letak anak dalam stroller.. aku dukung Adni ambil nasi dengan telur je.. Kemain kau hidangan breakfast macam2 telan air liur je mampu sebab sebelah tangan tengah dukung Adni gila aku nk melantak macam-macam. Aku nak juga breakfast sebab nak lapik perut sampai pukul 5 karang lepas abah habis kursus nanti.. lapar kottt..
Staff situ semua pandang je aku..Aku buat bodoh je, xminum terus naik.. heeee.. Naik je bilik terus gatal tangan search pasal babyzen dan cari yang paling murah! heee.. Ok harga retail memang RM1799 dan guess what aku jumpa RM1250! Cod dekat Damansara! Aku pun ada dekat KL kan..so lagi tergedik-gedik nak beli la!
Yang lagi kuatkan semangat aku nak beli stroller ni sebab next year kitaorang plan nak ke Vietnam dan bulan Januari ni kitaorang ada coaching Business di Sarawak! Babyzen Yoyo ni salah satu stroller yang boleh masuk cabin! So lagi bertambah point untuk aku beli!
Aku mula whatsapp laki aku, padahal kawan tgh meeting tu.. dia balas "Boleh tahan harga" haaaaaa.. Balik je dari meeting aku tunjuk la Video kat bawah ni!
Menarik! tu ayat first laki aku..Heeee.. Aku kata ni pelabburan untuk anak-anak masa hadapan..hahaaa.. Siap mention guna duit business la! :D
So selamat la kitaorang dapat Babyzen Yoyo Stroller Beli dari Aq baby & Kids! Thank akak tolong pasangkan dalam KFC lagi.. sambil buat demo :)
Dapat je stroller terus pg The Curve nak testing konon! ya,,, memang jimat space, selit blakang kerusi dalam kereta ja.. Nak lipat senang, nak buka senang.. Tengok Adni macam happy ja dengan 'car' baru dia!
Sempat juga kitaorang pg PWTC, kali ni seronok sikit cari buku sebab adni dalam stroller, masa kitaorang pg Big Bad Wolf tak larat nak kejar Adni, buku pun boleh ambil sikit je.. Heeee
Bulan October yang lalu adalah bulan paling mencabar bagi aku sebab aku nak fight untuk rank coordinator dalam Shaklee. So Alhamdulillah, rasanya penat berulang alik dari rumah ke Branch yang makan masa selama sejam lebih dengan Adni demam panas terpaksa angkut bawa juga ke branch, malam raya (Aidil Adha) kami masih beratur hingga mencecah pukul 12 malam demi mengambil stok untuk pelanggan dan 'partner' tersayang.
Alhamdulillah, kami berjaya mendapar rank Coordinator Shaklee setelah 10 bulan bersama Shaklee :)
Jadi, kami decide nak reward diri ke PULAU PANGKOR. Sebab apa pulau pangkor? sebab dekat je dengan rumah kami, xdelah dekat tapi senegeri gitu.
Oh asalnya kami nak ke Teluk batik, tapi pusing-pusing Teluk batik rasa macam alang-alang bercuti, jom la kita ke Pangkor!
Sampai je di Jeti dengan muka blur-blur ada pak cik dekat situ tawarkan kami pakej utnuk ke Pangkor. Semua ada tinggal nak pilih je. So kami pilih nak ke TELUK DALAM BEACH RESORT. (Tempat si fasha dan Pierre Andre berlakon)
Oh lupa nak cakap, tambang bot RM10 seorang pergi dan balik, simpan ye tiket jangan korang pg buang pulak, kang balik xde tiket.
Kenapa Teluk dalam Beach resort? sebab dia macam memang untuk orang bercuti, sebab kami memang nak datang relax pun.. tempat dia macam menarik la kalau-kalau siapa yang nk g honeymoon gitu!
*Gambar ihsan google, sebab xsempat nak amik gambar kat dalam bilik*
Teluk Dalam beach resort ni jauh sikit dari gerai-gerai makan, sebab dia private beach (info dari org sana) jadi kami decide berhenti lunch dekat Teluk Nipah, pastu beli jajan, megi bagai check in.. Senang hidup!
Petangnya kami jejalan kat tepi pantai, malam makan megi, lepastu tidur! Esoknya diorang bagi breakfast! Mudah betul percutian kami anak beranak :)
Alhamdulillah, bersyukur sangat pada hari Merdeka 31 Ogos ni, dapat berkumpul dengan sebahagian 'anak2' dari Geng UmmiAdniBizz. Tak tahu rasa gembira excited sanggup nak drive sorang-sorang dari Perak nak ke Gombak (Pejabat Urusan Enermax)
Tekad nak drive sendiri, sebab husband kena kerja jadi terpaksa la nak tinggalkan Adni dekat pengasuh. Serius dah lama tak tinggal Adni lama2 dekat pengasuh dia, Opah Yam sebab dah 5 bulan berhenti jadi cikgu kan. Bayangkan 5 bulan dah stop pump, sebab bagi direct feeding je.. dah stop buat stok, tetiba nak pump kan!
Alhamdulillah dapat juga 3oz, even dah 5 bulan stop buat stok. hehe..ni pun kejap je pump, tetiba husband mesej "Esok cuti, boleh p kl sama2"
Huh! ok lompat bintang sat! Berhenti la mengepump! hehehe
Antara tips saya masa pam.
1) Jangan stress fikir ada ke idak susu ni.. 2) selawat, berzikir masa pam 3) Jangan tengok susu masa pam..kelakar..tapi bila kita asyik tgk pastu sikit, pastu stress akan effect pengeluaran susu.. 4) Masa pam kena relax, tgk muka anak ke..kalau kat opis tgk gambar anak ke..xpun tgk tv..hehe 5) buat power pumping ya.. ramai yang call saya pump, tapi xkeluar apa pun akak camno nih? Tak pe, slow2.. pump je.. tahu tak masa pump tu kita tengah rangsangkan pengeluaran susu! Ok, cerita balik pasal Seminar BEGINNER Shaklee, sejujurnya saya Excited sangat kali ni sebab saya bakal bertemu bizz partner yang asyik cakap dalam telefon, chatiing tapi tak pernah jumpa pun!! so excited tu lain macam sikit..hehe Oh yang paling kagum dengan seorang partner jauh drive dari Penang, dengan anak-anak kecil, saya cakap jangan datang, xpe nanti Mun buat seminar dekat Penang, nak datang jugak.. nak sedut ilmu katanya.. Tak pe, berhabis duit untuk sekali ni je, Tak pe tak tido malam drive pun. Doa saya untuk Marliza, agar dimurahkan rezeki selalu, dan berjaya dengan Business. Betul, untuk dapat sesuatu yang besar kita perlu korbankan sesuatu yang kecil. Contoh, semalam tidur 2 jam je, itu bukan ALASAN. kalau kita tgk orang yang berjaya ada dia terus berjaya. Dia korbankan masa tidur. Antara perkara kecil yang saya korbankan untuk berada di tahap sekaranag (Alhamdulillah, belum 100% tapi tetap syukur) : ~ Tak baca novel (sangat hantu novel tapi sekarang tak baca langsung sbb 2-3jam diperuntukkan untuk Business) ~ Jarang tengok tv.. dulu kalau ada CSI,Cerekarama,Lestary dan apa2 yang best memang terpacak tgk tv, sekarang ni rasa macam nk potong je ASTRO sebab jarang tengok..tapi tengok juga sikit2..hehe
Seminar bermula, dengan Kisah Master Farah yang berjaya menjadi Master dalam hanya 9 bulan je.. hehe.. tak sempat nk join sangat seminar ni sebab bf Adni..hehe..tapi yang penting, 'anak-anak' buah sangat seronok dan bersemangat lepas attend seminar ni. Moga rezeki mereka dan kami dimurahkan. Amin.
Ok ni antara 'anak2' yang hadir.. Semoga kita lebih berjaya nanti.. Dan rasa terharu lagi datang bila ada yang bawa hadiah.. Even kenal dalam alam maya je tau!
Semoga Faizah juga dimurahkan rezeki, dan sama2 berjaya dalam Business ni :)
Ok Sedikit Tips dalam Business ni:
Ok seperti biasa, DUPLICATE apa yang leader buat, dan dapatkan apa yang Leader ada! Bukan bermaksud leader saya ada Estima, saya pun kena ada Estima..tak2..heh.. ni sebagai Motivasi la, oh leader aku dapat income 300k sebulan, aku nak juga! Work for it! camtulah gayanya!
Ok sekarang umur 25tahun, aim before 30:
1. Nak hapuskan Bayar PTPTN. eh Utang PTPTN ku..
2. Nak ada rumah sebiji
3. Hybrid car
4. Nak bagi Adni kawan.. heh!
Senang tulis dekat blog, nanti dah umur 30tahun boleh cari balik..
Oh masa seminar tu, kak farah kata jom kita tanya apa Munyati nak dari Shaklee, apa aku jawab?
"Saya nak bebaskan suami saya"
hahahaha..
InshaAllah dear! Soon! Soon!
p/s: Suamiku engineer yang ada bond, bukan James bond.
Alhamdulillah, dah dua tahun kahwin :) Kejap je rasa..so raya kali ni lagi bermakna sebab sambut raya dengan Adni.. Excited la pilih kaler biru sebab Mak tok dah beli baju untuk Adni kaler biru dekat Vietnam. Emaknya yang excited ni tak test pun untuk Adni sampai la lagi seminggu hari nak raya baru perasan eh Baju Adni labuh!!
Terlebih excited siap dah match2 dengan kasut dan cekak rambut! So kitaorang pon pusing-pusing Greentown Mall cari baju kurung baby, tak ada pulak kaler biru.. Hm.. Last duduk lepak then search dekat internet! Yeay jumpa dekat Marissa Shoppe!
Comey dak Adni lain berbaju kurung..hehe.. Ni masa raya first :) tahun ni kita beraya dekat Kedah pula, xdapat la nak makan lontong banyak-banyak macam tahun lepas..
Raya kedua balik Sik, and ada mini reunion la untuk geng SKSIK.. Eh aku je yang dah kahwin?? :) Tak pe Adni juga untung sebab dapat duit raya!
Oh lepas kita jumpa, sembang-sembang melantak makanan berlemak semua, ramai pulak yang order Lecithin masa raya ni.. untuk buang lemak katanya!