Thursday, 28 August 2014

Rujukan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 - 6 September 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum~ Rasanya ramai yang termimpi-mimpi nak kerja dengan Gomen (Kerajaan) Sebab? Gaji yang okay, cuti yang fleksibel (cuti umum) dan yang paling penting ada duit PENCEN! Betul kan. So sama la dengan kita golongan muda-mudi ni asyik sign in email check ada tak SPA nak ajak panggil Exam ke interview ke. Dan yang bestnya seminggu dua ni penuh news feed kawan-kawan share yang diorang akan join Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ! Seronoknya weh! Dah selangkah kaki nak join jadi pekerja kerajaan. Mesti ramai yang dah google, cari info tentang Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 . Kan.. kan...


Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Kalau kita refer jadual yang SPA keluarkan, Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 akan diadakan pada 6 September 2014. Peperiksaan ini tidak lain bertujuan mengukur daya pemikiran calon agar bersesuaian dengan jawatan Penguasa Kastam gred W41. Secara asasnya, peperiksaan ini mengandungi empat seksyen utama iaitu:

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalaj
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Wah banyak nak kena ulang kaji ni, So semua yang nak join Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 dah ready ke belummm?
Untuk bahagian Seksyen A iaitu Pengetahuan Am, anda akan diuji mengikut tahap kesedaran terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Jadi, korang dinasihatkan agar banyak membaca untuk skor seksyen ini. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen ini cuma 40 minit untuk 50 soalan. OK jom tengok contoh soalan dia!

Untuk Seksyen B, Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 korang akan diuji dengan skill kemahiran menggunakan logik, menginterpersi data dan kemahiran Matematik

Seksyen C  & D  pula anda bakal diuji dengan soalan berbentuk ESEI. Objektif atau tujuan utama kedua-dua seksyen ini adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran anda menguasai bahasa ini.

Okay, dah boleh gambarkan sedikit bagaimana Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 korang nanti ?

Saya cadangkan anda beli Ebook Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 untuk lebih yakin, bersedia menghadapi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Rugi tak beli, mana tau rezeki berpihak kepada anda kannnn!  

Wednesday, 23 July 2014

Kek Coklat Simple Tapi Sedap

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk penghujung Ramadhan, Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan. Oh, tak lupa juga ulang tahun perkahwinan yang ke 3! Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tak berapa sedar, nasib baik ada Facebook yang tolong remind! So, nak buat kelainan sikit di hari ulang tahun perkahwinan ni, nak buat kek apa ya? Bulan puasa ni malas la nak berkecah-kecah kat dapur, so kita buat kek sesimple yang boleh! Kek Coklat Simple Tapi Sedap !


Ok, nasib baik aku ada beli kek yang coklat yang dah siap dekat TF minggu lepas, so dah datang idea! Yehaa.. Yeha.. Jenguk-jenguk sikit dalam peti ais ada Whipping Cream, Cream Cheese! Hurmmm macam best je kan kalau buat ala-ala tiramisu. Tumpang bahan-bahan untuk Nutella cookies ada, boleh combine sekali. So apa yang aku ada sekarang?

Kek Coklat (ready made), Whipping Cream, Cream Cheese, Nutella, Serbuk Koko, Magerin, Susu Pekat, Coklat Cip & Badam!


Jadi, kita teruskan operasi membuat Kek Coklat Simple Tapi Sedap . Mula-mula aku potong kek ni berlapis (3 lapis je), then sapu nutella atas dia.


Dalam bekas lain, putar whipping cream & Cream Cheese bagi kental, sapu atas nutella tu. Ulang proses yang sama. 

Kemudian, buat topping coklat, aku masukkan susu pekat, serbuk koko dan magerin untuk toppingnya!


So jadi la macam ni, kan sesuai untuk kami 3 beranak, sikit je.. nak beli tak mampu nak habiskan :) Cukup la tu untuk sambut ulang tahun perkahwinan. :)

Lastly, tabur la coklat cip dan badam yang dibakar. 


Bagi aku tak perlu nak sambut meriah, asal kita ingat tarikh tu pun dah cukup. Dan ada pandangan orang ala tak perlu ingat-ingat tarikh bagai. Tapi bagi aku masa ni la kita nak feeling manis-manis pun! 

A successful married life requires falling in love many times, but always with the same person ♥

Oh, yang bestnya Tahun ni kitaorg tebus Satu pasang jam casio dari Maybank! Macam mana nak tebus? Selalu la check point korang (yang guna Debit Card tu). Nasib baik aku selalu beli SHAKLEE tu yang ada chance nak dapat Reward dari Maybank tuh!

ok bye! Adni dah nangis!



Sunday, 29 June 2014

Pengalaman pakai braces

بسم الله الرحمن الرحيم

Braces! Pendakap gigi. Harini niak cerita pengalaman aku pakai braces. Sebenarnya baru 5 bulan pakai.. hehe.. tapi teruja nak share sebab dah nampak perbezaannya! Cepat kan. Orang kata kalau nak cepat kena rajin2 pergi follow up. Doktor yang aku pergi ni katanya mungkin dalam setahun aku dah boleh buka braces ni. Excitednya nak buang oiii!

Ni selepas 4 bulan pakai braces. Yang anak panah ni menunjukkan gigi yang dicabut. 3 batang gigi kena cabut tau. Ko rasa? sakit ke idakk...


Pengalaman pakai braces ni. Hmmm.. hari pertama sampai hari kedua memang aku xmakan langsung benda keras. Sebab, sakitnya gigi 3 batang yang kena cabut tu, ngilunya gigi, tak selesanya gusi dan macam2 perasaan ada sampaikan aku call doktor tu nak buang balik boleh? Doktor tu kata kalau aku buang balik aku la patient pertama dia yang surrender tak sampai seminggu ko!

Sakit. Ada beberapa kategori sakit sebenarnya!

1. Sakit bila gigi dicabut (sesetengah orang gigi tak perlu cabut)
2. Sakit lebih kurang sehari dua bila kita pergi follow up (sebab dia ketatkan so rasa ngilu sikit2 je - tapi bila dan sebulan dua tak rasa apa, jadi normal dah)
3. Sakit bila ada ulser yang wujud. (KLIK SINI UNTUK ELAKKAN ULSER)

Kenapa ada ulser? bila besi ada dalam mulut berlaga dengan dinding-dinding mulut, ditambah lagi dengan kau yang malas nak minum air, memang senang la ulser nak ada..

Kenapa aku pakai braces?

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, gigi taring tu macam mendongok sikit, so bila Adni tonyoh sikit je muka aku mesti nak berdarah. Satu lagi senyum memang xkonfiden langsung la. kihkih..



Ni gambar before pakai braces dan selepas pakai. Oh sebelum ni memang dentist dekat Uitm dah minta aku pakai braces sebab katanya gigi aku xberada di landasan yang betul. Dan memang kadang-kadang dia berdarah sendiri maybe diorang bergaduh tempat kot (ni imaginasi aku ja)

okay, bagi yang nak pakai braces tu ada la tips sket!

1. Survey Klinik betul-betul. Aku buat dekat Ipoh.
2. Nanti kena bawa mineral botol sokmo. Kang bila makan terlekat itu ini.
3. Mulut memang akan cepat berbau so kena rajin gosok gigi, berkumur, aku bawak chewing gum sokmo.

Nanti-nantila aku bagi lagi tips, dah tak tau nak cerita apa.. eheeee

:)

Updated:

Yeay Alhamdulillah dah buka braces. 

Friday, 27 June 2014

Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam

Sejak kebelakangan ni, dekat instagram famous #lorongbelakang! So, bila review tengok wah, menariknya, wah kreatifnya dan aku yang suka tangkap gambar ni mestilah nak tengok dengan mata kepala sendiri cantiknya Lorong belakang di Seksyen 7 Shah Alam ni. Lebih kurang art dekat Penang Street (tak pernah p lagi walaupun kami dok area sana) :P

Jom tengok sikit gambar-gambar Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ni, oh by the way i'm not a professional photographer, so mestilah gambar tak sharp dan cantik mana.






Paling banyak gambar Adni la, sebab dia ni memang suka bergambar :) oh Lorong Belakang ni diorang panggil laman seni juga rasanya!






Tengok betapa ramainya orang, rasanya mesti banyak student UITM Shah Alam tu! haha.. Nada jeles sebab masa belajar dulu ada kepsi n pizza je, Jakel semua2 tu tengah nak buat. :P

Dekat mana Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ni?? Ala belakang tutti frutti, radiusite, area tu je,, ok landmark paling besau belakang JAKEL area pintu belakang Uitm Shah Alam tu...

Lepas shopping2 boleh datang berposing pulak!

Kalau nak tengok lagi gambar boleh view di Page AUROSA PHOTOGRAPHY,

Sebenarnya nak tukar nama page tu, sebab aku ambil gambar sesuka ja, bukan buat job pun.. heeeee


Sunday, 11 May 2014

Bercuti di Sepang Gold Coast Gold Palm Tree Resort

بسم الله الرحمن الرحيم

Wah, nama nak gempak macam bercuti kat oversea kan, sebenarnya dekat Sepang je pun. Haritu kitaorang dah datang Pantai Bagan Lalang Sepang ni, tapi tidur Hotel Sri Malaysia, kali ni saja nak ubah angin nak duduk chalet atas laut pulak. Macam Best je..


Okay, ni gambar dari Google, ye la tak kan nak naik helikopter tangkap gambar gini kan.. Hee, Bilik kami ranting pertama dia.. Dari depan (lobby) nak ke bilik memang ada sedia kereta mini golf tu (apa nama eh kereta tu). Kereta tu memang sentiasa ada, so tak perlu tunggu lama. Kalau yang nak diet boleh naik basikal. Basikal memang disediakan banyak sangat. Kalau dah barang berguni so mimpi la nak naik basikal ya. HewHew




Masuk je bilik terus rasa malas nak keluar sebab apa? sebab best sangat bilik, keluar balkoni nampak laut. Tengok tv nampak lauk, nak mandi pun nampak laut. Acaner tu!

Tapi memandangkan banyak kemudahan yang ada, so tak kan nak duduk bilik je, baik duduk rumah. Heee. Apa kemudahan yang ada? Basikal, Kolam Renang, ada belon yang budak2 suka lompat tu, boleh main bola tampar ke...macam2 la.. Ala macam cerita Romantika Lisa & Yusry tu.. kan diorang bercuti dekat sini.





Ok, sapa yang teringin nak bercuti kat sini dengan harga ISTIMEWA boleh la LIKE page ni
-----> SEPANG GOLD COAST

:)