Thursday, 10 November 2011

Aidil Adha di Southampton

Assalamualaikum

First time nak beraya di perantauan, jauh dari kaum kerabat.. Walaupun raya haji je, kalau dekat Malaysia mesti ada gak rasa meriahnya dengan banyak anak-anak sedara balik, semangat esok nak pergi sembahyang raya ramai-ramai, lepastu tengok lembu yang dikorbankan.. 

Southampton, walaupun tak rasa sangat kemeriahan dia, tapi kami ramai-ramai di Southampton ni ibarat satu keluarga yang besar!! Sebelum hari raya ramai-ramai dah start merewang, diorang  dah bahagi-bahagi tugas,
dekat rumah aku, kami semua buat begedil, kuih sagu dan ayam goreng berempah.. nyum2!!

Juadah makan ni tak nak mengalahkan beraya di Malaysia ni! ada beriyani, lontong, soto, laksa, ketupat, nasi impit kuih muih dan macam-macam lagi sampai tak larat nak makan haih! 




Pagi-pagi kami semua pergi solat sunat aidil adha dekat dewan besar.. ramai sangat muslim kat situ, bukan orang melayu ja.. :) 

Event Aidil adha start pukul 9, ada tazkirah sikit tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, dan ucapan dari ketua keluarga Southampton.. tapi..tapi kemeriahan rasa kejap je.. habis je event semua balik rumah. sebab sejuk sangat sampai tak kuar-kuar umah dah :(
 
apa-apa pun seronok juga beraya di peratauan :))










eh,, sempena aidil adha ni, bertambah lagi bilangan anak sedara, cucu mak tok yang ke-6, Muhammad Umar Haris, lahir selepas asar di aidil adha :)

Wednesday, 2 November 2011

Bulan ke 2 di UK :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk bulan kedua aku di sini,
bila dah ada kawan (baru 7 org =P ) baru rasa xboring sikit..
Sham pon macam happy je aku dah ada kawan, hehe.. xpayah la dia nak selalu teman aku kot.. hihi..

Akhirnya misi kami mencari air kapur berakhir, 
bila dah jumpa air kapur dekat Chinatown!!
punya la terasa nak makan cendol ha!!


cendol yang xboleh nak lawan cendol Malaysia :(


misi membuat cendol!!!


disebabkan hari-hari goyang kaki, pastu mesti teringin nak makan macam2..
kalo kat malaysia ni, start enjin trus g kedai,
tapi kalo kat sini, 
kena la bangun g dapur.. huhuu...

tetiba teringin apam balik.. padahal kat mesia jarang pon beli..
rupanya senang je nk buat dia.. tapi tulah.. terlebih soda kot, pahit semacam ja..


nasi ayam pon sama... kat mesia punya jarang nk makan nasi ayam.. tetiba ja.. terasa nak buat kan..


hihi.. menu first yang hisham masak :) Spegeti


soto + begedil... hilang kempunan sat


 laksa!! nak laksa mak juga!!! sgt simple dah la xda bunga kantan, xda daun kesum, ada asam keping ja.. tu pon mak yg suruh bawak!


kitaorg punya fevret, Char Kuei Tiau! tetap xbleh lawan Char Kuei Tiau  penang & Saad :)


  Nasi Lemak 2 Pound!! kalo kat malaysia jual RM10, memang xda yg nak beli punya hai..


sebab xbleh nak makan KFC kat sini, terpaksa buat Twister sendiri :)


yg ni jangan korang pandang pada rupa!!  hahaha... Puding Roti Bakar :)


 ni begedil air mata, sebab macam nak nangis punya nak kena buat..


 paprik!! fevret kami sekarang :)



Rutin harian aku tetap sama, masak dan masak dan masak.. :D
tapi kadang2 ikut juga hisham pergi lab, universiti..
sekali je pergi dgr talk!!
dah rasa macam student balik :)
sabtu pagi buat nasi lemak untuk kawan2 yang oder..
tapi macam enjoy je jadi suri rumah sepenuh masa ni..
sebab ada ja aktivit sampai dah xsempat nak mengait..
=D

Yang seronok sgt kat sini, ada usrah.. 
mula2 aku xbiasa, macam nervous pon ada nk join..
ye la.. rasa macam lain je..
tapi bila dah sekali join.. ntah rasa lain sgt..
baca al-quran ramai2..
dengar tazkirah.. pengisian.. fahami maksud ayat Al-Quran,
kan bagus kalo dekat uni aku dulu macam ni..
rasa sgt kagum dengan muslimah2 dekat sini..
even diorang belajar dekat luar negara,
diorang sangat menjaga batas pergaulan,
diorang yakin bila beri tazkirah dan macam banyaknyaaa pengetahuan diorang..
maybe banyak baca buku kot..
banyak je buku diorang aku tgk..  =D


Alhamdulilllah, dapat mengharungi bulan kedua kat sini :)

Monday, 24 October 2011

Trip to Stonehenge & Bath

Assalamualaikum..

Sebulan sudah aku dekat Southampton ni, pejam celik pejam celik dah sebulan.. walaupun rutin seharian sama ja kan.. sekarang tibalah masa aku nak berehat sebentar untuk berjalan2..

eh, ada yang terkejut aku dah ada kawan untuk berjalan2.. heee.. sebenarnya diorang ni semua junior-junior hisham, hisham yang semangat suruh aku cari kawan sebenarnya.. heee.. diorang semua panggil aku kakak!! sungguh xboleh terima kenyataan yang aku paling tua antara diorang :(
dah tua sebenarnya aku ni.. *baru nk sedar*

oh ya, Trip yg aku pergi ni anjuran University of Southampton, so ramai yang terkeliru, dan rasa aku sambung belajar.. oh tidak.. aku xconfident yer nak sambung blajar kat sini, selain xda uangggggg.. heeeee
bukan2.. saya bukan sambung belajar :D

Trip ni jatuh pada hari Sabtu, hari Sabtu pulak hari aku bekerja (macam hebat pulak), eh bukan, hari aku mencari rezeki, jual nasi lemak gitu... so terpaksa la aku laki bini bangun pukul 3.00 pagi siapkan nasi lemak!!
rajin gila kan.. hahah. rasa macam best plak.. dua2 orang bagun dengan mata terkebil-kebil.. pengalaman manis sebenarnya!!

destinasi pertama kami STONEHENGE!!

dari Malaysia lagi, aku dgn opismate selalu berangan nak pergi dekat batu ni ha.. sekali pergi punya ramai ha........ jenuh nak menyelit tangkap gambar.. impian nak coret dekat batu "MUN WAS HERE" xtercapai pon! hahaa.. sebab kita boleh tgk dari jauh je pon. baru je cadang nk menyandar ke apa kat situ..



cantik kan?? ni dari kamera Hanisah, cantik gila dia tangkap gambar sampai aku xjadi nak tangkap gambar.. terkedu sebenarnya :D


ni antara student2 malaysia yang pergi sana, ehehe.. aku la kakak tu..


.......

lama sungguh kami dok amik gambar kat sini, walaupun tgk batu je pon!! setiap langkah nak tangkap gambar, setiap sudut nak posing haaa!



 sempat lagi kan...

lepas sejam kami mengelilingi batu tu, destinasi kami seterusnya...

BATH!!

okay, sangat cantik kat sini. sangat lawa dia punya bangunan... sampai ja kat sini, semua rehat makan + solat.. first time rasa solat macam ni.. dulu selalu tgk ja..


sebenarnya kami pun xtau sangat jalan kat sini, so kami decide nak naik bus.. pusing2 sekitar bath ni.. ada satu kedai dekat bath ni nama MIMI NOOR.. macam nama orang melayu plak.. yang kelakar ada kedai makan nama JIKA-JIKA.. haha.. comel ja..

jom la layan gambar sekitar BATH..













okay, trip ni memang best, walaupun hisham xnak ikot kan.. :(

Thursday, 6 October 2011

Full time housewife!!

Assalamualaikum..

Rasanya dah lebih 3 bulan aku menjadi penganggur dan sudah 2 bulan lebih2 sikit aku berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa!! :D
Bila dah jadi suri rumah, normal la aku xkuar rumah langsung, sampai dah lupa hari ni hari apa!!



Rutin harian sama saja,  kalau tak surf internet, baca buku sikit2, kalau xbaca buku, tengok movie,
kalau xtgk movie tido.. hehehe.. disebabkan dekat UK ni ha, kalau nak ada TV kena ada lesen (duit lagik!!) so, kami pon terpaksa tengok ja movie yang ada dalam laptop ni ha... :P

so, untuk menghilangkan rasa bosan, jom kita main masak2!!!

dulu kalau nak masuk dapur ni jarang sangat kan, sekarang ni hari2 masuk dapur :))
mak, jangan terkejut naaa.. nanti cheq balik cheq masak kat mak na...

ni mee hailam yang xberapa nak hailam! 1st try :)



selepas mee hailam, mari kita mencuba nasi lemak, tapi nasi lemak malaysia lagi best.. waaaaaa :'(



juri komen sambal pedas, so lepas ni kena kurangkan pedas.. :P

Puding Trifle yang dah lama nak try dari Kedah, ke Segamat xtry juga, ni kat sini baru nak try!!

Layer1:



 Layer 2 :





Layer 3:



Layer 4: 


 excited nak try!! first try xjadi!! sebab dah fed up dengan custard yg lambat sangat nak pekat.. ni yang second try!!
eh, nah bekal untuk suami :)) Belajar rajin2 yer..


Akhir sekali untuk minggu ni,
Roti jala!! berkali kali kami menjala.. huhuhu..
jala kurang menjadi kena improve lagi!!



ni pun kerja suri rumah, tunggu suami balik tepi tingkap.. heheh :))



Nak buat apa lagi eh?? :)) bagi idea sikit..

Selamat Malam :))
Assalamualaikum :D