Sunday, 1 September 2013

Seminar Shaklee di Kuala Lumpur

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur sangat pada hari Merdeka 31 Ogos ni, dapat berkumpul dengan sebahagian 'anak2' dari Geng UmmiAdniBizz. Tak tahu rasa gembira excited sanggup nak drive sorang-sorang dari Perak nak ke Gombak (Pejabat Urusan Enermax)

Tekad nak drive sendiri, sebab husband kena kerja jadi terpaksa la nak tinggalkan Adni dekat pengasuh. Serius dah lama tak tinggal Adni lama2 dekat pengasuh dia, Opah Yam sebab dah 5 bulan berhenti jadi cikgu kan. Bayangkan 5 bulan dah stop pump, sebab bagi direct feeding je.. dah stop buat stok, tetiba nak pump kan!


Alhamdulillah dapat juga 3oz, even dah 5 bulan stop buat stok. hehe..ni pun kejap je pump, tetiba husband mesej "Esok cuti, boleh p kl sama2"

Huh! ok lompat bintang sat! Berhenti la mengepump! hehehe

Antara tips saya masa pam. 

1) Jangan stress fikir ada ke idak susu ni.. 
2) selawat, berzikir masa pam
3) Jangan tengok susu masa pam..kelakar..tapi bila kita asyik tgk pastu sikit, pastu stress akan effect pengeluaran susu..
4) Masa pam kena relax, tgk muka anak ke..kalau kat opis tgk gambar anak ke..xpun tgk tv..hehe
5) buat power pumping ya.. ramai yang call saya pump, tapi xkeluar apa pun akak camno nih?


Tak pe, slow2.. pump je.. tahu tak masa pump tu kita tengah rangsangkan pengeluaran susu!

Ok, cerita balik pasal Seminar BEGINNER Shaklee, sejujurnya saya Excited sangat kali ni sebab saya bakal bertemu bizz partner yang asyik cakap dalam telefon, chatiing tapi tak pernah jumpa pun!!

so excited tu lain macam sikit..hehe

Oh yang paling kagum dengan seorang partner jauh drive dari Penang, dengan anak-anak kecil, saya cakap jangan datang, xpe nanti Mun buat seminar dekat Penang, nak datang jugak.. nak sedut ilmu katanya.. Tak pe, berhabis duit untuk sekali ni je, Tak pe tak tido malam drive pun.

Doa saya untuk Marliza, agar dimurahkan rezeki selalu, dan berjaya dengan Business.

Betul, untuk dapat sesuatu yang besar kita perlu korbankan sesuatu yang kecil. Contoh, semalam tidur 2 jam je, itu bukan ALASAN. kalau kita tgk orang yang berjaya ada dia terus berjaya. Dia korbankan masa tidur.

Antara perkara kecil yang saya korbankan untuk  berada di tahap sekaranag (Alhamdulillah, belum 100% tapi tetap syukur) :

~ Tak baca novel (sangat hantu novel tapi sekarang tak baca langsung sbb 2-3jam diperuntukkan untuk Business)
~ Jarang tengok tv.. dulu kalau ada CSI,Cerekarama,Lestary dan apa2 yang best memang terpacak tgk tv, sekarang ni rasa macam nk potong je ASTRO sebab jarang tengok..tapi tengok juga sikit2..hehe


Seminar bermula, dengan Kisah Master Farah yang berjaya menjadi Master dalam hanya 9 bulan je.. hehe.. tak sempat nk join sangat seminar ni sebab bf Adni..hehe..tapi yang penting, 'anak-anak' buah sangat seronok dan bersemangat lepas attend seminar ni. Moga rezeki mereka dan kami dimurahkan. Amin.


Ok ni antara 'anak2' yang hadir.. Semoga kita lebih berjaya nanti.. Dan rasa terharu lagi datang bila ada yang bawa hadiah.. Even kenal dalam alam maya je tau!


Semoga Faizah juga dimurahkan rezeki, dan sama2 berjaya dalam Business ni :)

Ok Sedikit Tips dalam Business ni:


Ok seperti biasa, DUPLICATE apa yang leader buat, dan dapatkan apa yang Leader ada! Bukan bermaksud leader saya ada Estima, saya pun kena ada Estima..tak2..heh.. ni sebagai Motivasi la, oh leader aku dapat income 300k sebulan, aku nak juga! Work for it! camtulah gayanya!

Ok sekarang umur 25tahun, aim before 30:

1. Nak hapuskan Bayar PTPTN. eh Utang PTPTN ku..
2. Nak ada rumah sebiji
3. Hybrid car
4. Nak bagi Adni kawan.. heh!

Senang tulis dekat blog, nanti dah umur 30tahun boleh cari balik..

Oh masa seminar tu, kak farah kata jom kita tanya apa Munyati nak dari Shaklee, apa aku jawab?

"Saya nak bebaskan suami saya"

hahahaha..

InshaAllah dear! Soon! Soon!

p/s: Suamiku engineer yang ada bond, bukan James bond.

Wednesday, 14 August 2013

Berhari raya dengan Adni!

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, dah dua tahun kahwin :) Kejap je rasa..so raya kali ni lagi bermakna sebab sambut raya dengan Adni..  Excited la pilih kaler biru sebab Mak tok dah beli baju untuk Adni kaler biru dekat Vietnam. Emaknya yang excited ni tak test pun untuk Adni sampai la lagi seminggu hari nak raya baru perasan eh Baju Adni labuh!!


Terlebih excited siap dah match2 dengan kasut dan cekak rambut! So kitaorang pon pusing-pusing Greentown Mall cari baju kurung baby, tak ada pulak kaler biru.. Hm.. Last duduk lepak then search dekat internet! Yeay jumpa dekat Marissa Shoppe!


 Comey dak Adni lain berbaju kurung..hehe.. Ni masa raya first :) tahun ni kita beraya dekat Kedah pula, xdapat la nak makan lontong banyak-banyak macam tahun lepas..

 Raya kedua balik Sik, and ada mini reunion la untuk geng SKSIK.. Eh aku je yang dah kahwin?? :) Tak pe Adni juga untung sebab dapat duit raya!





Oh lepas kita jumpa, sembang-sembang melantak makanan berlemak semua, ramai pulak yang order Lecithin masa raya ni.. untuk buang lemak katanya!

Thanks to Anne sebab jadi model LECITHIN gue!


Ok, nak tahu details pasal lhasiat LECITHIN SHAKLEE?? Boleh klik SINI :)

Selamat Hari Raya! maaf Zahir & Batin :)

Tuesday, 13 August 2013

MLM ayik yang buruk-buruk je?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya aku terfikir untuk share kisah MLM ni lepas aku baca satu status kawan aku yang kutuk Business MLM. Dan ada juga kata susah nak cari kawan yang iklas nk tolong kawan, kalau ada pun kawan-kawan MLM (dengan erti kata kawan-kawan MLM ni nak tolong ada sebab)


Sedih.

STATEMENT 1

❝ Buat duit dengan MLM? Tipu la MLM tu, orang atas goyang kaki, orang bawah yang kerja teruk ❝

Statement diatas memang agak 'famous' bila kita nak ajak kawan/member join Business MLM. (Sebenarnya saya pun selalu cakap macam tu before join MLM)

Orang atas goyang kaki? Dear, Kalau orang atas tak buat sale senang lenant tidur, orang bawah cari sale bersengkang mata dengan business, orang atas tu pun tak dapat apa tau!

habis tu kenapa upline saya kaya semacam je, tapi sale macam tak banyak pun. Cuba awak kenal upline awak 2-3 tahun sebelum dia berada di atas. Dia struggle, dia bersengkang mata, dia tak tidur malam so no wonder la sekarang boleh nampak dia happy tersenyum dengan kereta, rumah duit yang banyak. 

Untuk nak membuktikan statement 1 tidak benar, kami cuba untuk tidak mencari 'kaki/downline' untuk mencapai rank! ya, kami boleh buat sale, kami capai je 4 angka. Kalau kita pandang dalam bentuk negatif, negatif la dia.. Cuba kita pandang dari sudut positif, bukan mencari kaki atau downline, tetapi kita cuba untuk membina satu organisasi! ORGANISASI! ini bukan MLM yang goyang kaki berkepuk duit datang, tetapi ia datang dengan usaha, komited dan kerajinan


Upline-Mentor kepada downline! Upline-Ajar downline. Duplicate! Bukan Upline goyang kaki, Downline buat kerahan tenaga! WRONG!


STATEMENT 2

❝ Boleh ke nak dapat 3-4 angka sebulan, tipulah! Aku dah berbulan dengan MLM *** tapi habuk pun tarak, upline yang kaya ❝

Berbulan dengan MLM, tapi hasil tak ada. Banyak yang saya jumpa baru 2-3 bulan terus give up. Tetapi bila ditanya buat macam ni tak? Buat macam saya suruh tak? Erm malas la, ramai yang dah buat, ramai yang dah jual. Beribu alasan. Berbalik kepada statement 1, kita tengah membina organisasi, kita sedang plan, 1-3bulan tu baru permulaan untuk bertapak. Mungkin ada orang 1-3bulan terus beribu-ribu income, tapi cuba kaji balik, bagaimana orang lain boleh dan kenapa kita tidak. 

Tak kisah apa-apa business MLM yang kita ceburi, tapi kalau kita tak ada passion, tak ada usaha tak berdoa tak akan ada hasilnya. The best part is bila join MLM A tak ada hasil, tukar ke MLM B. Result sama je kalau kita sendiri tak berubah. Ada pula yang nak salahkan upline, tak ajar, tak guide. Dear, your upline nak kena monitor beratus-ratus anak, bukan awak je. so, kita mencari guru, bukan guru mencari kita.. Nak berjaya? Nak berubah? Jom mula dari sekarang!

Always Think Positive!


Nak juga selitakan gambar Upline gue, Master Farah. Merangkap Mentor. Kalau kita down kita call dia. Dia jauh dekat KL, kita dekat Perak je.. hehe..Walaupun kita jauh, kita selalu jumpa tau! anak murid, kenala cari cikgu ye idok..

Oh yang tak tahu apa itu MLM?--> http://www.ummiadni.com/apa-itu-mlm/


Lastly, pesanan penaja..hehe..ni kawan-kawan masa sekolah Menengah dulu, kita kawan even kita buat Business MLM yang BERBEZA! Kawan kan.. tipunyaaa sapa yang cakap orang MLM A nak kawan dengan MLM A je. MLM B xlayan? 

Tuesday, 25 June 2013

Kelapa Sawit atau Tauge?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Business! Business! Business!
Sekarang ni ramai sangat yang sudah terjebak dalam dunia business, tambah-tambah online business kan! Satu perkara yang membanggakan bila wanita-wanita pun turut memonopoli dunia online business ni!

Ok, kalau ada yang belum tahu, saya sudah 7 bulan masuk dalam dunia Shaklee! Nak tahu tentang MLM SHAKLEE boleh refer SINI (Kalau online business dah lama-tapi yang serius amat Shaklee kot) Dalam pemerhatian saya ramai yang masuk dan ramai juga yang kecundang! kan!

Basic paling penting dalam Business - RISIKO
Syarat paling penting dalam Business - KOMITED
Nak berjaya dalam Business - USAHA

Bila tiba masa saya rasa nak 'down' saya akan tengok gambar ni, dan fikir aku baru cuba 30%, aku baru usaha 40% nak mengalah?

Ramai 'anak didik' saya yang cakap susah la, tak boleh jual dekat office la, Tak sempat la, Ramai dah yang jual dan macam-macam alasan lagi! Paling penting ketepikan seribu alasan, kemukan seribu tindakan!
Contoh- Tak boleh jual dekat OFFICE, ya kita tahu itu satu peraturan, tapi bukan kita longgok satu produk atas meja dan buat jualan lelong, tapi bila bercerita atau bersembang kita selitkan kebaikan produk yang dijual. Susah nak tembus pasaran? Ingat lagi ramai yang jual bermaksud lagi ramai yang akan guna, doa moga ada rezeki untuk kita.

Bukan anda sahaja, tapi saya juga begitu dahulu! Nak FAST Result. Bila bulan pertama tak ada jualan saya sudah rasa nak melencong jual benda lain, nak kerja macam dulu dan macam-macam lagi! Tapi bila 'MENTOR' saya tanya kata "Awak nak jual TAUGE ke KELAPA SAWIT" Saya terus terdiam!



Taugeh! Memang cepat je dapat hasil, hari ni semai, esok naik terus boleh jual kan! Tapi pulangan dia sedikit kan berbanding kelapa Sawit yang makan berpuluh tahun nak semai untuk tunggu hasilnya!



Dalam Business jangan usaha hari ini, esok terus nak dapatkan hasil! Hari ini promote esok dah tak. Hari ini semangat, tapi bila tak dapat jualan esok lusa dah tak nak! Itu konsep yang sangat-sangat SALAH! Tak kira apa perniagaan pun, jangan cepat berputus asa, jangan harapkan FAST Result!

FIKIR IDEA - USAHA - BERTINDAK - CUBA - DAN CUBA LAGI - CUBA!

Dalam berusaha, jangan lupa untuk berdoa, bersedekah. Kerana sangat mudah menjemput Rezeki :)



Dalam berbusiness, kita umpama Merangkak, Berjalan & Berlari. Step by Step. Jangan pula hari ini nak buat business terus Pecut, tanpa membuat sedikit plan, study marketing, study produk! Step by step.

Merangkak- Kita betul-betul mencari asas, memahami strategi marketing, fahamkan produk. Kita boleh bermula dengan set up Fanpage, Website dan sebagainya. Anda hanya perlu RAJIN!

Sudah habis merangkak, anda boleh mula berjalan. Disini anda akan nampak sedikit jalan dan anda boleh kembangkan lagi idea dan dampingi mentor anda!

Business Shaklee umpawan Menanam Kelapa Sawit, bukan menanam Taugeh, Tanam Kelapa Sawit ambil masa yang lama tetapi hasilnya lumayan dan bertahan, tak seperti menanam taugeh sangat cepat tetapi hasilnya??

SABAR, KOMITED, BERDOA, USAHA kunci untuk BERJAYA!

Semoga kita Berjaya dalam BUSINESS masing-masing tak kisah apa-apa business yang kita ceburi!

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SHAKLEE BERSAMA-SAMA SAYA?

CARA 1
SMS/TEXT/Whatsapp ke nombor ☛ 013-6292754 ☚

CARA 2
Mesej kami melalui PM Fanpage di link berikut (Cara ni lebih mudah) ---> https://www.facebook.com/messages/UmmiAdni

Jangan risau kerana saya akan membimbing anda! Dan kami akan masukkan anda di dalam GROUP EXCLUSIVE disitu kami akan dedahkan Strategi Marketing dan Peluang menjana 4-5 angka dalam sebulan =)

Thursday, 16 May 2013

Menyusu Penuh


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sejak mengandung lagi aku memang dah bertekad nak menyusu anak penuh 2 tahun, ekslusif breastfeed kata omputihnyaa..

Kita sendiri pun tahu kan banyak sangat kebaikan menyusu, lagipun dalam Islam sendiri digalakkan untuk menyusu sehingga 2 tahun.

Antara kelebihan susu ibu ni antaranya:


Tengok kan, tapi Alhamdulillah, bab antibodi tu memang kuat, sampai 8 bulan baru demam, dan sehari ja demam!

Tapi kan, memang banyak dugaan juga untuk aku menyusu penuh, ya tambah2 kalau ibu2 yang bekerja. Contoh masa aku jadi cikgu kejap tu, pukul 5 dah bangun untuk pump susu pagi2, walaupun sekolah 5 minit je dari rumah..

Pulak, punya sibuk dekat sekolah sampai tak sempat nak pump, pukul 4 balik rumah baru sempat! huhu
Dan sangat kesian dengan kawan2 yang ada keinginan nak menyusu penuh then pengasuh pulak terasa leceh nk cairkan susu la, dan last2 pengasuh pula pandai nak suruh guna susu formula. Nasib baik pengasuh adni memang orang yang pentingkan susu ibu. Lega sikit :)

Antara tips untuk menjayakan Penyusuan ialah:

1. Kuatkan azam! Berdoa. Banyak doa2 untuk banyakkan susu, Surah Hujurat juga aku amalkan semasa mengandung, untuk banyakkan susu.

2. Nursing blouse, untuk korang2 yang segan2 nak menyusu, nursing blouse memang penting!



Tips banyakkan susu?

1. Arwah mak mentua aku selalu suggest aku makan lobak putih, buat sayur air je.. Try la, inshaAllah menjadi.

2. Sayur sawi pun ok.

3. Power pumping and no stress

4. Supplemen!

Aku memang pengguna supplemen Shaklee, so memang aku ambil vitamin penyusuan ni. Nak detail Klik SINI.

Ada yang kata, xada effect pon! Habiskan duit atau bla..blaa.. Tapi tanya diri sendiri, wajar atau tak untuk ambil suplemen!

Checklist dibawah adalah KENAPA aku rasa Suplemen Wajar untuk aku!
✔ Adakah anda minum 3 gelas susu rendah lemak setiap hari?

✔ Adakah anda makan serat (fiber) setiap hari?

✔ Adakah anda makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu?

✔ Adakah anda makan 4 hidangan sayuran hijau setiap hari?

✔ Adakah anda makan 2 hidangan buah-buahan setiap hari?

✔ Adakah anda mengawal pengambilan makanan yang manis dan berlemak?

✔ Adakah anda mengekalkan berat badan yang ideal tanpa berdiet?

Jika jawapan anda TIDAK pada mana-mana soalan diatas, anda berpotensi mengalami kekurangan Vitamin!


Tepuk dada, tanya hati :)

Berminat nak berbincang/diskus atau order Suplemen Shaklee dengan harga BEST price!
 ✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA


Saya pengguna tegar, jadi sedikit sebanyak dapat membantu korang2!

Anda berminat? Sila SMS/TEXT/Whatsapp ke nombor ☛013-6292754☚

PM —> https://www.facebook.com/messages/UmmiAdni